Papers on Negeri Sembilan History: Notes on Rembau and Naning - A glimpse into the life - the past, the present and the future - of Negeri Sembilan dwellers, particularly Rembau and Naning, the cradle of Adat Perpateh culture.
Friday, July 18, 2008
SHAZIMAN ABU MANSOR: SUSUR GALUR KE TANAH DATAR GADONG
Dato' Shaziman Abu Mansor dari Suku Tanah Datar, Gadong
Nama: Datuk Shaziman Abu Mansor
Umur: 40
Tarikh Lahir: 20 Januari 1964
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Jawatan: Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.
KERJAYA politik Datuk Shaziman Abu Mansor bermula dari bawah iaitu dengan menjadi ahli UMNO Cawangan Tampin Bandar, Tampin, Negeri Sembilan, pada tahun 1991. Dari situ beliau menapak sehingga dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO negeri pada tahun 1997 dan Ketua UMNO Bahagian Tampin pada tahun 2001 semasa berusia 37 tahun.
Anak kelahiran Ipoh, Perak tetapi dibesarkan di Tampin itu mengekalkan jawatan yang disandangnya pada pemilihan bahagian baru-baru ini apabila menang tanpa bertanding. Shaziman yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku Besar Tampin merupakan antara pemimpin generasi muda yang menunjukkan prestasi membanggakan dalam karier politik.
Beliau dipilih buat pertama kali sebagai calon Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 1999 bagi kawasan Parlimen Tampin yang dimenanginya dan berjaya mengekalkan kerusinya itu pada pilihan raya umum Mac lalu.
Walaupun pilihan raya umum 1999 disifatkan sebagai tahun krisis bagi UMNO tetapi Shaziman sebagai muka baru berjaya menang dengan majoriti 9,979 undi selepas menewaskan Hamdan Hashim (Pas). Pada pilihan raya umum Mac lalu, beliau sekali lagi mencatat kejayaan cemerlang apabila menewaskan calon Pas, Abdul Razakek Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 18,084 undi.
Anak kepada bekas pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini merupakan antara pemimpin muda yang lantang memperjuangkan isu-isu membabitkan kepentingan dan kebajikan rakyat. Antaranya ialah isu kegagalan kontraktor menyiapkan makmal komputer sekolah di seluruh negara.
Didorong oleh keinginan untuk turut serta membuat keputusan dan menggubal dasar dalam parti, Shaziman menawarkan diri bertanding buat kali pertama sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan UMNO, September ini.
``Saya percaya hasil gabungan antara generasi muda dan lama dalam MT akan mencetuskan idea hebat yang akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan UMNO sebagai parti teras bangsa Melayu dan negara secara khususnya. "Komposisi antara generasi baru dan lama adalah kekuatan utama UMNO yang menunjukkan bahawa parti itu tidak pernah ketandusan pemimpin.
``Saya menawarkan diri kerana percaya masih banyak perkara yang boleh ditingkatkan di dalam parti dan saya yakin bersama-sama dengan yang lain mampu untuk merealisasikannya,'' katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Kata beliau, MT adalah platform tertinggi dalam UMNO yang menyentuh dan memperjuangkan hala tuju segenap aspek kehidupan orang Melayu termasuk politik, ekonomi, sosial dan pendidikan supaya tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara.
Bagaimanapun, bekas penuntut Universiti Indiana, Amerika Syarikat dalam jurusan Kejuruteraan Awam itu menyerahkan kepada perwakilan UMNO untuk membuat keputusan pada pemilihan September ini. Katanya; "Biarlah penilaian yang dilakukan itu dibuat secara adil dan telus berdasarkan kepada kerja serta sumbangan yang telah dilakukan oleh calon-calon selama ini.''
Shaziman yang berkongsi hidup dengan Datin Rozana Mohd. Khalid juga amat terkenal dengan sikapnya yang mudah didekati oleh segenap lapisan masyarakat Tampin. Malah beliau dengan tangan terbuka luas akan menerima setiap kunjungan rakyat yang diwakilinya walaupun agak sibuk dengan jawatan baru yang disandangnya dalam kerajaan iaitu sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.
Dalam pada itu, `Suara Tampin' yang diterbitkan hasil inisiatifnya untuk memberikan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dijalankan di daerah Tampin begitu sinonim dengan penduduk kawasan itu. Ia bagi memastikan setiap penduduk mendapat maklumat terkini mengenai pembangunan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau. - TARMIZI ABDUL RAHIM (Petikan Utusan Malaysia)
Komen:
Umumnya orang politik akan membuat rumusan bahawa Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ini anak Perak kerana beliau lahir di Ipoh,Perak. Cuma beliau dibesarkan di Tampin. Shaziman dan Khairy Jamaluddin adalah sepupu. Khairy dilahirkan di luar negeri di sebuah tanah Arab. Ibu Khairy orang Kedah, sementara ibu Shaziman orang Negeri Sembilan. Hanya ayah mereka adik-beradik dan berasal dari Kg. Gadong, Kota, dalam daerah Rembau.
Bahagian halaman belakang Kediaman Penghulu Abu Bakar di Kg. Gadong.
Kalau disusur-galur ke akar umbi, Shaziman ini adalah cucu kepada Penghulu Abu Bakar, seorang yang paling berpengaruh di daerah itu. Khairy, sepupu Shaziman adalah cucu kepada Abu Bakar. Datuk sebelah ibu Shaziman adalah berasal daripada keturunan keluarga Jaafar yang berkahwin dengan wanita bernama Sulong, dari Kg. Tanah Datar, Gadong. Abu Mansor, ayah Shaziman adalah anak sulung Abu Bakar, sementara Jamaluddin, ayah Khairy adalah anak kelimanya. Abu Mansor kemudian berkahwin dengan Ramlah dari Kg. Tanah Datar, Gadong. Ketika Shaziman dilahirkan Abu Mansor dan keluarga tinggal di sebuah rumah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Ipoh, Perak. Setelah berara Abu Mansor dan keluarga pulang kampung dan menetap di Taman Woon, Tampin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Maaf saya baru membaca catatan ini. Sah YB Datuk Shaziman Abu Mansor anak jati Gadong.Omak dan abahnya orang Gadung.
ReplyDeleteKita turut bangga.
Sdr Ujang, omak Shaziman itu orang Tanah Datar Gadong. Omak beliau ada kena-mengena dengan ayah ese orang Tanah Datar. Ayah saya Haji Yassin dengan omak Shaiman itu sepupu. Sebab omak ayah ese dengan omak Shaziman itu adik beradik. Jadi ese dan Shaziman itu dianggap dua pupulah. Cuma saya tidak begitu rapat dengan Shaziman. Saya lebih rapat dengan abang Shaziman yang tua. Namanya Shah Abu Mansor. Shah ini setahun lebih tua dripada saya.Shaziman ini lahir di Ipoh bila ayahnya Abu Mansor bekerja dengan KTMB waktu itu. Saya sering ke KTM Qurters Ipoh bila cuti sekolah, tinggal berkawan dengan abang Shaziman.
ReplyDeleteKiro eh acik ni pangkat pak sedagho sey lah.. Sobab shaziman tu abah sey punyo adik,omak shaziman tu wan sey acik..Shah tu pak long sey,abah esey anak nombo tigo..
DeleteAda sedikit pembetulan. Omak Shaziman dengan ayah ese sepupu. Omak Shaziman panggil ayah ese "abang". Omak ayah ese dengan omak kepada omak Shaziman adik-beradik.Omak ayah ese kakak sulung kepada omak kepada omak Shaziman. Saya panggil omak Shaziman Busu Melah.
ReplyDeleteBoleh sey tahu namo omak kepada omak Shaziman?
Delete