Papers on Negeri Sembilan History: Notes on Rembau and Naning - A glimpse into the life - the past, the present and the future - of Negeri Sembilan dwellers, particularly Rembau and Naning, the cradle of Adat Perpateh culture.
Saturday, July 5, 2008
SEMUA SERBA MUNGKIN DALAM POLITIK
Balasubramaniam (dua dari kiri) dan Dato' Seri Anwar Ibrahim (tiga kiri) sedang bersalaman selepas sidang akhbar di pejabat PKR,
Kuala Lumpur.KOnspirasi gagal- Khairy
POKOK SENA 4 Julai - Konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin UMNO gagal ekoran tindakan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menarik balik pengakuan bersumpah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, tindakan tersebut jelas dirancang oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dalam agenda politik mereka.
''Pihak tertentu itu adalah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang sebenarnya berusaha mengalih perhatian umum daripada tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar.
''Saya berharap rakyat tidak terpengaruh dengan setiap akuan bersumpah yang tidak langsung mempunyai nilai-nilai kebenaran," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, Balasubramaniam yang turut dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, mengedarkan kepada media salinan akuan bersumpah itu dan memberikan beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.
Penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda itu berbuat demikian pada sidang akhbar bersama Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Bagaimanapun pagi tadi, Balasubramaniam menarik balik akuan tersebut atas alasan beliau didesak oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian.
Khairy menambah, akuan bersumpah telah menjadi agenda politik pembangkang semata-mata untuk mendapat perhatian rakyat walaupun ternyata ia hanya satu fitnah.
''Ini termasuk akuan bersumpah yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam laman blognya.
''Senario tersebut menunjukkan seolah-olah kebenaran tidak lagi bermakna dan hanya digambarkan melalui persepsi," katanya.
Ahli Parlimen Rembau itu juga menegaskan hanya siasatan polis dan tindakan mahkamah sahaja dapat menentukan sesuatu kebenaran dengan adil dan saksama.
Dalam pada itu Khairy berkata, beliau akan mengumumkan sama ada bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Ogos ini selepas selesai mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin di setiap bahagian seluruh negara.(Petikan Utusan Malaysia, 5 Julai 2008)
Komen:
Dalam politik semuanya serba mungkin. Helah dan tipu helah berbaur menjadi satu. Matlamat menghalalkan cara. Bak kata orang putih: Kill or be killed. Hari ini kawan eok menjadi lawan dan begitu juga sebaliknya.Dan bagi orang politik, terutamanya, tepuk dada tanya selera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setahu saya semua pelakun dalam haru-biru ini adalah berasal dari rumah tangga UMNO. Cuba abg selidik.. semua nama-nama 6 jahanam yg terlibat berkaitan dgn UMNO atau BN. Benarlah kata Tok Guru, UMNO itu parti sesat dan ahlinya menyesatkan orang lain. Tong najis khas utk penjilat najis jugak.. rasuah, politik wang, kronisme, perempuan, judi, arak dan jangan lupa Datok Taha yg kena bunuh dulu.. semuanya dari tong najis UMNO. so, orang mudo la ni anggap elok benar kalau tong najis itu disimpan dlm muzium. Yang menyokong umno ni semua penjilat najis dan atau macam kisah orang buto yang jajuh dlm loji takungan najis.
ReplyDeletesila hubungi saya utk berbicara. tokparoi@yahoo.com
Adalah dirasakan lebih manis dan berhemah kalau kita bicara tanpa nista dan luapan emosi.
ReplyDelete