Saturday, December 18, 2010

BILA LAGI KJ NAK MASUK SUKU...

Kalau ikut cerita orang Gadong, YB Khairy Jamaluddin, wakil rakyat kawasan Parlimen Rembau, bukan anak tempatan, atau tepatnya anak Kampung Gadong. Setidak-tidaknya ini pendapat orang tua-tua di daerah itu. Dan dari segi adatnya begitulah. Mengikut susu galur sebelah ibu Khairy dianggap orang Kedah kerana ibunya dari Kedah. Kalau ikut susur galur sebelah ayah, memang Khairy orang Rembau.

Adat Temenggung pun kata begitu. Tetapi Rembau mengamalkan sitem Adat Perpatih, ikut garisan sebelah ibu (matrilineal). Oleh kerana emak Khairy orang luar , maka Khairy pun dinggap orag luar menurut adat. Dan jadi Khairy belum masuk suku.
Kalau ikut adat Temenggung, bapa Khairy, Jamaluddin adalah dari suku Tanah Datar, Gadong. Jamaluddin adalah anak Haji Abu Bakar, penghulu terkenal di Mukim Gadong. salah satu daripada 12 suku di Rembau. Oleh kerana adat Temenggung tidak diamalkan di Rembau maka Khairy tak masuk mana-mana suku.

Ada juga yang tertanya-tanya mengapa Khairy yan mengaku anak Gadong itu tak masuk suku. Kn lebih baik kalau dirasmikan masuk suku melalui pengkadiman. Maksudnya Khairy boleh adakan majlis mengkadimkan ke mana suku-suku, terutama ke suku bapana. Itu pebih praktikal kerana mak-mak saudaranya semuanya dari suku Biduanda Gadong. Adat perpatih tidak memberikan Khairy hak untuk masuk suku selagi belum dikadimkan.
Jika ini boleh dilakukan maka Khairy bolehlah dianggap sudah masuk suku.Apabila dah masuk suku Khairy ia bererti Khairy telah sedarah dengan sepupunya, Dato’ Shaziman Mansor. Ahli Parlimen Kawasan Tampin. Dan secara tak langun berhubung keluarga dengan seorang lagi anggota Parlimen Kawasan Telok Kemang, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas.

Bapa Shaziman abang tua kepada bapa Khairy, Jamaluddin. manakala emak Kamarul Bahrin adalah anak saudara Haji Zainal Abidin. Zainal Abidin, bapa saudara emak Shaziman.Oleh itu YB bertiga ini mempunyai pertalian darah dan dikatakan masih berhubung rapat.

Lebih menarik apabila hubungan kekeluargaan ini dikaitkan dengan kerjaya bapa dan datuk masing-masing. Menurut orang Gadong, Bapa Khairy anak penghulu, bapa Shaziman orang Kereta Tanah Melayu, manakala bapa Kamarul Bahrin guru sekolah menengah King George Ke-V di Seremban. Cikgu Abbas Ali, bapa Kamarul Bahrin ini orang terkenal di Rembau, kerana beliaulah yang menterjemahkan artikel “Rembau, One of the Nine States: Its History, Constitutions and Customs.” Ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1953. Artikel oleh C.W.C Parr dan W.H. Mackray ini tersiar dalam JSBRAS, 56 tahun 1910.

Cuma kadang-kadang ada orang Rembau, khusunya orang Gadong menganggap Khairy orang Kedah, Shaziman orang Perak (Ipoh) dan Kamarul Bahrin orang Seremban. Tapi ya tak ya juga, bukankah semua kita ini orang Malaysia? Apapun eloklah kata orang Gadong Khairy itu masuk suku…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.