Papers on Negeri Sembilan History: Notes on Rembau and Naning - A glimpse into the life - the past, the present and the future - of Negeri Sembilan dwellers, particularly Rembau and Naning, the cradle of Adat Perpateh culture.
Wednesday, July 23, 2008
KETUANAN MELAYU DIPERLEKEH SEJAK SEJAK ABAD 19 LAGI
Makam Haji Sahil. Ketika hayatnya Undang Rembau Dato' Lela Maharaja Haji Sahil ini dipecat oldh Mahkamah Kangaru di Melaka pada tahun 1883 atas sebab-sebab hanya Kerajaan British yang tahu cerita sebenarnya. Menurut yang empunya cerita, Dato' Lela Maharaja ini besar dan gagah orangnya, dan pernah menghadap ke istana Sultan Johor di pesisir Sungai Johor dengan menunggang kuda dari kediamannya di Chengkau, Rembau.
Thursday, April 10, 2008
JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)
TAK PRIHATIN KETUANAN MELAYU
GENERASI MUDA TAK FAHAM FUNGSI
Assalamualaikum,
Perjumpaan dengan YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Haji Mohd Sharip Othman hari ini (9 April 2008) turut membangkitkan sejarah perjuangan melawan Inggeris tahun 1883 oleh Dato’ Lela Maharaja Haji Sahil (Undang Luak Rembau ketika itu). Berikutan generasi muda sekarang tak faham fungsi ketuanan Melayu, menyebabkan masyarakat tak prihatin dengan prinsip perluanya ia dipertahankan. Barangkali! Memang saya bersetuju dengan YTM Dato’ Haji Mohd Sharip apabila beliau merungut mengenai murid-murid sekolah di luak (daerah) Rembau tak mengenali dirinya, di samping tak faham institusi ‘Undang Yang Empat’. Apalagi pada period penjajahan Inggeris fungsi ‘Undang Yang Empat’ turut diperlekeh seperti insiden memecat Dato’ Haji Sahil (1883) dan Dato’ Bandar Tunggal di Sungai Ujong (1874).
Menerusi pengalaman saya selaku penyelidik bagi ‘Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan’ sejak 1989, secara historikal ‘Undang Yang Empat’ turut menanda tangan proklamir kemerdekaan bersama Yang Dipertuan Besar bagi pihak Negeri Sembilan. Malah mereka juga terbabit dipaksa oleh Harold Mac Michael ketika menerima ‘Malayan Union’ pada November 1945. Maknanya, pemerintahan Negeri Sembilan tak berfungsi sekiranya sebarang dokumen ditanda tangan oleh Yang Dipertuan Besar secara bersendirian, sebaliknya perlu disertai oleh ‘Undang Yang Empat’ termasuk Tunku Besar Tampin. Ironinya, sekarang di jabatan-jabatan kerajaan di daerah Rembau termasuk di sekolah-sekolah gambar YTM Undang Luak Rembau tak digantung sama seperti Yang Dipertuan Besar, Perdana Menteri dan Menteri Besar. Aduhai!
Apalagi bangsa Melayu terikut-ikut dengan orientalis barat dengan memanggil YTM Undang Yang Empat sebagai ‘Tok Rembau’, ‘Tok Sungai Ujong’, ‘Tok Jelebu’ dan ‘Tok Johol’. Sebelum penjajahan Inggeris, ‘Undang Yang Empat’ dipanggil ‘Orangkaya’ seperti legasi ketuanan Melayu sejak di Melaka. Misalnya, kalau Hang Tuah dipanggil ‘Orangkaya Laksamana’, justeru ‘Undang Yang Empat’ dipanggil sebagai ‘Orangkaya Rembau’, ‘Orangkaya Sungai Ujong’, ‘Orangkaya Jelebu’ dan ‘Orangkaya Johol’ iaitu sebagai panggilan hormat. Ketika istiadat mengadap di balai(rong) juga disebut ‘hamba datuk’ atau ‘ke bawah kaus’ bagi pembesar-pembesar adat membahasakan diri mereka, di samping ‘kami’ digunakan oleh ‘Undang Yang Empat’.
Bagaimanapun selepas ‘pemerintahan rakyat’ (sebenarnya hegemoni kuasa politik), fungsi ‘Undang Yang Empat’ seolah-olah diperlekeh, hingga dianggap pemerintahan ‘raja berperlembagaan’ di Negeri Sembilan diletakkan di tangan Yang Dipertuan Besar sahaja, sekalipun sebarang enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri perlu ditandatangani oleh Yang Dipertuan Besar dan Undang Yang Empat (termasuk Tunku Besar Tampin dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong). Tak hairanlah orang tua-tua juga menyebut: ‘Sekali air bah, sekali pasir berubah; sekali zaman beredar, sekali resam bertukar’. Gamaknya!
-Pak Dharma.
(Dipetik daripada Blog Suara Prima)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment