Thursday, July 10, 2008

SEDIA UNTUK DISIASAT - KHAIRY JAMALUDDIN

ARKIB : 08/07/2008
LCCT: Khairy sedia disiasat BPR
KUALA LUMPUR 7 Julai - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersedia untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai dakwaan beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat yang diberi kontrak membina Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Khairy mencabar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) membuat laporan kepada BPR dan tidak berlindung di bawah kekebalan Parlimen untuk membuat tuduhan terhadapnya.

''Choo Keong membuat tuduhan dan menyerang saya, menuduh saya mempunyai kepentingan di dalam syarikat yang mendapat kontrak membina LCCT, jangan berlindung di bawah kekebalan Parlimen, buat laporan terus ke BPR agar saya boleh disiasat.

''Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan baik di dalam syarikat yang mendapat kontrak membina LCCT ataupun di dalam AirAsia, saya tidak mendapat sebarang faedah," katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Khairy merujuk kepada ucapan Choo Keong semasa membahaskan usul yang sama mengenai kepentingan Khairy dalam syarikat-syarikat terbabit.

Beliau juga mencabar Ahli Parlimen pembangkang itu agar membuat laporan kepada BPR dan membuat kenyataan di luar Parlimen.

''Saya cabar Choo Keong untuk membuat kenyataan itu di luar Parlimen agar saya boleh menyaman beliau di mahkamah, kalau tidak ada bukti kukuh jangan buat tuduhan dan saya anggap ia sebagai satu penipuan.

''Jangan memalukan diri sendiri dan tindakannya itu tidak melambangkan sebagai Ahli Parlimen kelas pertama,'' katanya. (Utusan Malaysia Online)

Komen:
No comment.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.