Sunday, July 6, 2008

MARI KITA BERSUMPAH JUNJUNG AL-QURAN

'Junjung al-Quran bersihkan nama'
Oleh Hamzah Osman

Pendekatan wajar bukti Anwar tak babit liwat

LANGKAWI: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bersetuju dengan cadangan pelbagai pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan tuduhan terhadapnya.

Khairy berkata, hanya dengan cara itu, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh membersihkan namanya daripada tuduhan berhubung masalah peribadinya.



"Dua pendekatan yang beliau (Anwar) boleh gunakan iaitu pertama menerusi undang-undang dengan membiarkan pihak berkuasa menyiasat laporan berhubung dakwaan liwat membabitkan pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Pendekatan lain ialah kedua-duanya (Anwar dan Mohd Saiful) boleh bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi menafikan tuduhan liwat membabitkan mereka berdua," katanya ketika menghadiri Sukan Rakyat anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno bahagian Langkawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dan Adun Ayer Hangat juga selaku Ketua Pemuda Umno Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid.

Khairy berkata, pendekatan menjunjung al-Quran seperti disuarakan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim adalah wajar.

"Permintaan supaya Anwar dan Mohd Saiful menjunjung al-Quran juga penting bagi masyarakat Melayu dan mereka perlu melakukannya jika benar-benar mahu menafikan tuduhan berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tidak pernah menerima apa-apa laporan risikan tentera berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.(Berita Harian Online, 6 Julai 2008)

Komen:
Kalau dah sampai berumpah menjunjung al-Quran, ini sudah sampai ke pringkat kes berat. Masalahnya setiap orang ingin menegakkan benang basah. Betul seperti kata orang Amerika bahawa negara itu akan menentang jika kes ini bermotifkan politik. Tapi Amerika tak kata kalau bukan bermotifkan politik ia juga menentangnya jika dibawa ke mahkamah. Ada baiknya jika kita halusi dan perdalami pernyataan Amerika itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.