Thursday, July 10, 2008

DASAR TENAGA NASIONAL PERLU KAJIAN SEMULA

parlimen


Kaji Dasar Tenaga Nasional
KUALA LUMPUR 9 Julai - Kerajaan diminta mengkaji semula Dasar Tenaga Nasional agar lebih komprehensif sebagai usaha untuk mengatasi masalah kekurangan sumber hidrokarbon negara yang semakin terhad dan menyusut.

Khairy Jamaluddin (BN- Rembau) berkata, dasar baru itu perlu meliputi strategi, tindakan, pelaburan dengan penunjuk aras pencapaian yang spesifik dan mempunyai tempoh masa tertentu.

Menurutnya, ia juga perlu meliputi penggunaan tenaga boleh diperbaharui, nuklear termasuk pemberian insentif penggunaan, pembekalan tenaga dan rancangan- rancangan untuk mengatasi halangan penggunaannya.

''Langkah-langkah proaktif ini bagi menangani isu berkaitan seperti kos pemindahan kepada tenaga baru, lebihan tenaga sedia ada serta memberi impak kepada polisi negara lain seperti polisi automotif.

''Ia juga sebagai satu cara pendidikan penggunaan dan penerimaan rakyat untuk sumber tenaga baru," katanya dalam ucapan penangguhan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pembangunan sektor tenaga yang mapan perlu bagi memastikan bekalan tenaga yang terjamin dalam jangka panjang. Inisiatif kecekapan tenaga akan dipergiatkan bagi menggalakkan penggunaan tenaga yang produktif dan berhemat.

Kerajaan kini mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang mesra alam dan menjimatkan kos dan ke arah menjamin keselamatan tenaga.

Khairy memberitahu, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai usaha daripada bahagian penawaran atau supply side iaitu melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi biomass, biogas, tenaga suria, angin, hidro dan gas hidrogen.

Selain itu, katanya, ia juga boleh dilakukan dengan mendapatkan oksigen yang dihasilkan daripada air laut dan sumber tenaga alternatif seperti nuklear.

''Pelbagai program dikenal pasti untuk mempergiat dan membangunkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui termasuk nuklear berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

''Bagaimanapun, didapati unjuran penawaran tenaga pada 2010 apabila sumbangan tenaga boleh diperbaharui masih lagi di bawah lima peratus daripada jumlah bekalan tenaga," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.