Monday, May 12, 2008

ULAMA REMBAU HJ. MOHD. YATIM


Haji Mohd. Yatim Zainal Abidin (kiri) ulama Rembau daripada suku Tanah Datar, Gadong

Surau Ulu Gadong, lokasi asal Madrasah Ulu Gadong. Madrasah itu kini diambil alieh kerajaan dan dinamakan Sekolah menengah Agama Hj. Mohd Yatim, Ulu Gadong, Rembau.
FRIDAY, JUNE 30, 2006
Ulama Rembau


Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin ( 1903 – 1979)

Latar Belakang

Allahyarham Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin dilahirkan dalam tahun 1903 bersamaan 1320 Hijrah di Kampung Tanah Datar, Kota dalam Daerah Rembau. Bapanya dari suku Tanah Datar dan manakala ibunya orang Biduanda. Beliau anak pertama dari dua adik beradik.

Pendidikan

Haji Mohd Yatim mula mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Kota sehingga Darjah Empat. Bapanya menyimpan hasrat supaya anak lelakinya itu menjadi orang alim dalam agama. Lalu beliau menghantar Allahyarham mengaji agama di pondok- pondok dalam Negeri Kedah dan Kelantan ketika usianya menjangkau 20an. Mengikut riwayatnya, beliau pernah berguru dengan Allahyarham Tok Kenali tokoh ulama terbilang dari Kelantan. Sekembalinya ke kampung halaman, beliau bertemu jodoh dengan Hajjah Aminah Binti Haji Tahadan ketika usianya telah 32 tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki dalam tahun 1936.

Belayar Ke Mekah

Tidak beberapa lama selepas itu, Allahyarham membawa isteri dan anak kecilnya menunaikan rukun Islam kelima. Beliau bertekad untuk menetap di Mekah untuk melanjutkan pengajian agamanya. Allahyarham menuntut di Darul Ulum Masjidilharam Al Makkahtul Al Mukarramah. Mereka memperolehi anak perempuan di sana tetapi Allah SWT lebih menyayangi puterinya ini dan meninggal dunia dalam usia masih kecil. Dijangkakan Haji Mohd Yatim menuntut di Mekah selama hampir 4 tahun sebelum balik ke tanahair.

Membuka Madrasah

Sekembalinya dari Mekah, Allahyarham terus menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk berbakti. Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah pondok di kampungnya di Ulu Gadong. Selepas dua tiga tahun membuka pondoknya, Allahyarham Haji Mohd Yatim prihatin dengan kedhaifan anak-anak yatim dan miskin untuk mendapat pengajian agama. Dengan tekad dan sokongan penduduk-penduduk kampungnya, mereka akhirnya mendirikan Madrasah Itthihadiah Ulu Gadong dan sebuah asrama untuk dihuni oleh anak-anak yatim dan miskin secara percuma. Allahyarham Haji Mohd Yatim memberikan segenap tenaganya untuk menghidupkan madrasah yang telah didirikan.

Haji Mohd Yatim juga mengajar agama sebelah malamnya di surau-surau atau masjid sekitar Daerah Rembau sehingga akhir hayatnya. Beliau juga adalah pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Ulu Gadong. Mungkin kerana kegigihan dan kealimannya maka Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah, Undang Luak Rembau ketika itu telah melantik Allahyarham menjadi Kadhi Daerah Rembau bagi tahun 1954 hingga 1968.

Perwatakan

Menurut anak-anaknya, bapa mereka berperwatakan lemah lembut, tekun dalam mencari ilmu dan mendidik, mudah tersenyum dan penyabar. Sikap ini tentu menepati gaya peribadi unggul seorang guru dan alim pula dalam agama. Beliau juga seorang bersederhana dalam berpakaian dan sering berserban, berbaju Melayu dan berkain pelekat sahaja.


Adik Kadi Haji Mohd. Yatim, Haji Mohd. Yassin Bin Zainal Abidin (berlainan ibu) turut sama mengasaskan Madrasah Ulu Gadong. Haji Yassin adalh guru agama di Kg. Tanah Datar yang mendapat pendidikan sekolah pondok di Kedah dan Kelantan. Antara tokoh gurunya ialah Tok Kenali.

Dengan isterinya Hajjah Aminah Binti Haji Tahadan, mereka dikurniakan 11 orang cahaya mata iatu 4 lelaki dan 7 perempuan. Setelah isterinya meninggal dunia, Allahyarham berkahwin kali kedua dengan Hajjah Sarah Binti Haji Maarof tetapi tiada memperolehi anak.

Meninggal Dunia

Allahyarham yang telah menginfakkan sebahagian besar tenaga dan usianya kepada pendidikan agama ini akhirnya dijemput Allah SWT sewaktu usianya 76 tahun. Beliau kembali ke rahmatullah pada tanggal 13 April 1979. Atas segala baktinya itu, sekolah yang didirikannya ( telah diambil alih oleh Kerajaan) diberi nama Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim. Beliau juga dianugerahkan Pingat Khidmat Lama ( PKL) dan dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Silam Negeri Sembilan sempena Sambutan Maal Hijrah 1423 yang lalu. Kita berdoa semoga ulama yang gigih ini diberkati Allah SWT jua atas sumbang bakti beliau dalam mendidik anak bangsanya. Amin. (Dipetik daripada blog Orangtuo).
POSTED BY ORANGTUO AT 1:34 AM
1 COMMENTS:
afyassin said...
Saya tertarik membaca serba ringkas riwayat hidup Tuan Haji Mohd. Yatim bin Haji Zainal Abidin yang tertera ini. Namun demikian saya rasa saya ingin membuat penjelasan sedikit berhubung latar awal kehidupan Tuan Haji Mohd. Yatim.

Setahu kami ayah Tuan Haji Mohd. Yatim, iaitu Tuan Haji Zainal Abidin adalah cucu kepada Lamit. Haji Zainal Abidin, ayah Hj. Mohd. Yatim ini adalah orang suku Biduanda Gadong yang bersemenda dengan suku Tanah Datar apabila beliau berkahwin dengan wanita darpada suku berkenaan. Adik perempuannya bernama Lamah bte Lamit. Lamah ini adalah ibu mentua Cikgu Abbas Bin Ali dari Chengkau, seorang guru sekolah King George Ke-V, Seremban. Cikgu Abbas pernah menterjemahkan buku sejarah Rembau karangan Parr dan Mckerry (kalau tak silap) ke dalam bahasa Melayu yang diberi tajuk Rembau: Perlembagaan dan Adat Istiadatnya.

Haji Mohd. Yatim ini mempunyai adik yang bernama Haji Mohd. Yassin bin Haji Zainal Abidin (berlainan ibu). Menurut ceritanya madrasah yang didirikan di Ulu Gadong itu diasaskan bersama kedua adik-beradik ini dengan antara tenaga pengajarnya Ustaz Ahmd Serol, Legong, Ustaz Ahmad Anwar, Ustaz Ahmad Munir dan Haji Yassin sendiri. Asalnya madrasah ini ditempatkan di Surau Ulu Gadong sebelum dipindahkan ke lokasinya yang ada sekrang. Haji Mohd. Yassin juga pernah belajar agama di Kedah dan Kelantan. Semasa di Kelantan Haji Mohd. Yassin juga belajar dengan Tok Kenali. Adik Haji Mohd. Yatim ini telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984.

Kedua-dua adik beradik ini ke Mekkah secara berasingan. Haji Mohd. Yassin ke Mekah ketika masih kecil, dibawa oleh emak saudaranya, Hajah Meja (Anjang), isteri kedua Undang Rembau Dato' Haji Sulong Miah Lela Maharaja.

Sekadar makluman, saya adalah anak saudara kepada Tuan Haji Mohd Yatim dan bersepupu dengan anak-anaknyanya. Semasa kecil kami rapat, iaitu dengan Tuan Haji Fuzi di Seremban, Haji Hamdan yang tinggal di Bongek, dan Hajah Rahah yang menetap di Sri Kendong.Kmi difahamkan Haji Mohd. Yatim adalah salah seorang daripada pengasas Seklah Agama Ulu Gadong. Beliau mengasaskan sekolah agama itu bersama-sama empat tooh agama yang lain di kampung itu, iaitu adik Haji Mohd. Yatim sendiri, Haji Yasin Haji Zainal, Tuan Lebai Hitam dan Guru Agama Haji Haron yang bersemenda ke Kg. Ulu Gadong
3:18 AM
POST

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.