Kediaman rasmi Tunku Besar Tampin di Jalan Tampin-Seremban, 1999.
Tunku Besar Tampin Ke-6, Tunku Syed Idrus al-Qadri bin Tunku Syed Mohamad. Dilantik Tunku Besar pada tahun 1944.
PERGINYA PENAUNG ADAT DI TAMPIN
OLEH A.F.YASSIN
Tunku Datuk Syed Idrus Tunku Syed Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun, 26 Disember lalu kerana sakit tua. Syed Idrus adalah penanung adat bagi daerah Tampin, Negeri Sembilan bergelar Tunku Besar Tampin Ke-6. Berita tentang pemergiannya yang tidak akan kembali lagi ini sedikit sebanyak mengundang beberapa pertanyaan kepada orang ramai. Penduduk Negeri Sembilan, amnya dan penduduk Tampin khasnya. Sebabnya, cerita tentang wujudnya gelaran Tunku Besar Tampin tidak banyak diketahui orang, khususnya di kalangan anak muda.
Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, yang kini dalam usia persaraan, sampai sekarang masih belum jelas tentang signifikan nama Tunku Besar Tampin yang dikaitkan dengan sekolahnya. Setahu dia, sekolah itu sebelumnya bernama Government Secondary English School Tampin. Tiba-tiba pada awal tahun 1960an, sekolah itu bertukar nama. Bekas pelajar sekolah itu juga buat pertama kalinya dapat melihat wajah Tunku Datuk Syed Idrus yang bergelar Tunku Besar Tampin itu pada hari perasmian majlis pembukaan Bangunan Tambahan sekolah berkenaan pada tahun 1962. Syed Idrus adalah tetamu kehormat sekali gus merasmikan bangunan tambahan itu.
Menurut seorang ahli sejarah Negeri Sembilan, Norhalim Ibrahim, Tunku Besar Tampin adalah nama gelaran yang diperkenalkan Inggeris pada awal tahun 1830an dahulu. Pada ketika itu Inggeris yang menjajah Melaka sedang berperang dengan Naning, wilayah di utara Melaka yang enggan mengakui ketuanan Inggeris. Dato’ Naning dan para pengikutnya dengan bantuan Undang Rembau Ke-13, Dato’ Lela Maharaja Ngonit berusaha mempertahankan wilayahnya daripada dijajah Inggeris.
Inggeris mengalami kesukaran menakluki Naning. Inggeris menyedari bahawa tanpa bantuan orang tempatan, tidak mungkin mereka berjaya mengalahkan Dato’ Naning. Pada masa yang sama, Undang Rembau, yang mentadbir wilayah Rembau berada dalam keadaan “bermasalah” dengan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban dan menghalaunya keluar wilayah. Bagaikan menangguk di air keruh Inggeris “memujuk” Syed Syaaban membantunya mengalahkan Dato’ Naning, sekutu Rembau.
Inilah detik permulaan nama Tampin mula menjadi sebutan. Sebelumnya Tampin, yang menjadi sebahagian daripada wilayah Rembau Baruh adalah daerah yang dibuka sepenuhnya. Inggeris menjanjikan kepada sekutu tempatannya andainya Naning dapat ditakluki maka Tampin akan diserahkan kepada sekutunya setelah membuat perjanjian dengan Rembau.
Menurut Halim Syed Syaaban dianggap tokoh sekutu Inggeris yang banyak membuka rahsia kekuatan Dato’ Naning hingga akhirnya musuh utama Inggeris itu berjaya dikalahkan. Dan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban “ditabalkan” sebagai Tunku Besar Tampin, terpisah daripada wilayah Rembau. Wilayah pentadbiran di bawah Tunku Besar Tampin ialah Repah, Keru, Tebung dan Tampin Tengah.
Gelaran Tunku Besar Tampin ini adalah eksklusif untuk keluarga dan keturunan Syed Syaaban dan Tunku Syed Razman, anakanda Tunku Dato’ Syed Idrus adalah waris ketujuh dianugerahkan gelaran ini. Ditanya tentang kedudukan Tunku Besar Tampin dalam jenjang pentadbiran adat di Negeri Sembilan, Norhalim menjelaskan, “Kedudukan Tunku Besar Tampin hanyalah sebagai salah seorang ahli penuh Dewan Perundangan dan Keadilan Negeri Sembilan yang dipimpin Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.” Ahli-ahli lain termasuklah Undang Yang Empat dan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Lazimnya gelaran Tunku Besar Tampin ini akan disebut bersamaan dengan nama Undang Yang Empat dengan kedudukan di bawah Yang Di Pertuan Besar. Namun, Tunku Besar Tampin tidak memiliki kuasa untuk memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar. Kuasa itu adalah hak Undang Yang Empat. Maka jelas, menurut Norhalim, kedudukan keluarga keturunan Syed Syaaban ini telah berubah dari asalnya sebagai Yang Dipertuan Muda Rembau kepada hanya Tunku Besar Tampin.
“Ini adalah kerja penjajah Inggeris yang sentiasa mencari kesempatan dalam kesempitan suasana. Politik adu domba Inggeris berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Lebih parah lagi, sistem politik Rembau yang satu waktu begitu tersusun, habis lebur,” jelas Norhalim.
Apa pun, bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin itu melihat seperti ada hikmah di sebalik kekacauan politik yang berlaku akibat campur tangan Inggeris di Rembau, Tampin dan Naning. Setidak-tidaknya buat wilayah Tampin itu sendiri. Dari sudut geopolitik hari ini, ternyata Tampin lebih menonjol berbanding dua daerah kembarnya, Rembau dan Naning (kini lebih popular dengan nama Alor Gajah). Tampin hari ini adalah panggilan popular kepada pekan yang berkembar dipisahkan sempadn Melaka-Negeri Sembilan, dengan Pulau Sebang di belahan Melaka dan Tampin sendiri di belahan Negeri Sembilan. Kedua-dua saling menyaingi mengejar arus pembangunan. Kedua-duanya sebising dan sesibuk yang diungkapkan Blue’s Gang dalam nyanyiannya “Apo Nak Dikato”.
Seorang tua yang tinggal di sebuah taman perumahan di Tampin Tengah yakin “Tampin hari ini adalah hasil kejayaan orang terdahulu yang diketuai Syed Syaaban dan warisan keturunannya. Kalaulah bukan kerana usaha mereka membangunkan Tampin dengan bantuan Inggeris tempat yang saya diami sekarang mungkin masih hutan dan didiami orang buangan dari Rembau.” Kata-katanya itu bagaikan memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Tunku Dato’ Syed Idrus, Tunku Besar Tampin Ke-6 Ends.
kenapa keturunan syed syaaban yang memerintah tampin...mana perginya keturunan raja ali..sedangkan dia mempunyai 3 isteri dan ramai anak..adakah sebab syef shaaban membuat pakatan dgn british utk menjatuhkan dol said dan seterusnya british mengangkat syed shaaban menjadi tunku besar
ReplyDeleteketurunan Yamtuan Raja Ali dari anak lelaki masih ada sehingga sekarang, ketahuilah keturunan Syed Razman skrg tidak mempunyai nama Tunku dan bukan dari keturunan YamTuan Raja Ali sendiri malah keturunan Syed Razman hanya menantu kpd YamTuan Raja Ali. Tampin akan dipulangkan kepada keturunan YamTuan Raja Ali tidak lama lg, kerana Syed Razman sudah habis 7 keturunan dan beliau tidak mempunyai zuriat. Sekian
DeleteInilah perjalanan sejarah yang ditentukan oleh generasi ketika itu. Setiap peristiwa yang berlaku didorong oleh keadaan sekitaran.
ReplyDeletefuad hashim
jadi encik fuad akui la keturunan pak arab jadi walhal bukan melayu....layari pakraja.blogspot.com/ .........ikutilah perjalanan pak raja
ReplyDeletedalam buku sejarah sekolah skrg nie xde sebut pasal nie..mungkin nk cover kot,xnk org anggap tunku besar tampin skrg nie keturunan penderhaka org melayu...makin lame makin byk la sejarah yg hilang cmtu jek,dek nk cover politik seseorg...
ReplyDeleteHarap Anonymous kaji sejarah dan salasilah dengan betul..jgn mudah menghukum. Kenali siapa Tunku Besar Tampin yang sebenar.
ReplyDeleteDah terbukti dalam sejarah. Apa yg nk dikajikan lagi...
DeleteSy adalah dr keturunan raja ali...atok sy pernah menuntuk hak...sehingga ke bapa saya...raja arif bin raja othman...tapu di nafikn
ReplyDeletesultan melaka tuntut hak pun xdpt..hahahaha
Deletebercakap lah menggunakan akal dan bukti, sultan melaka tidak mengemukakan teriti perjanjian untuk menuntut hak mereka. kalau bodoh sorok sedikit..hahah
DeleteSalasilah keturunan dn perjanjian british ada dgn bapa saudara sy raja yusof bin raja othman yg skarang menetap di semenyih
ReplyDeleteMenarik ni, boleh berkongsi lebih lanjut Susur galur ini utk kenang-kenangan
ReplyDeleteMelayu amat mudah dirasuah...dari dulu sampai sekarang.
ReplyDeleteMelaka jatuh sebab rasuah, Naning jatuh pun sebab rasuah.
Gila kuasa, x abis2 dgn bermacam gelaran datuk.
Sudahnya, penjajah senang2 dapat kuasa sebab pandai melagakan datuk2 sekalian.
Sejarah sentiasa berulang dan akan berulang lagi...
...waris semelenggang...
Sampailah ke politik hari ni....
DeleteKeturunan Yamtuan Muda Jelebu akan kembali memerintah Jelebu.. Begitu juga Rembau.. semua ini adalah titihan hak daripada Pagar Ruyung melalui Sultan Abdul Jalil Johan Berdaulat Syah, Raja Alam yang juga ayah kepada Raja Melewar, Raja Khatib, Yamtuan Pandak Beringin, dan juga Yamtuan Lenggang melalui Yamtuan Melenggang Alam Raja Naro 1...
ReplyDelete