Saturday, May 17, 2008

DATO' SEDIA RAJA ABDULLAH HJ. DAHAN, UNDANG REMBAU KE-18


Dato' Sedia Raja Abdullah Hj. Dahan, Undang Rembau Ke-18 (1922 - 1938).


Kediaman rasmi Undang Rembau Dato' Abdullah Hj. Dahan di Kg. Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.


Rumah ibu Dato' Abdulah Hj. Dahan di Kg. Tanjong, Kota, Negeri Sembilan.

DATO' SEDIA RAJA ABDULLAH HJ. DAHAN, UNDANG REMBAU KE-18
TARIKH/TEMPAT LAHIR:lahir pada di Kg. Tanjong, Kota, Negeri Sembilan. Meninggal dunia pada tahun 1939 akibat penyakit misteri.

PENDIDIKAN: (1). Sekolah Melayu, Kg. Perah, Kota, Negeri Sembilan.(2). Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
KERJAYA: (1). Pegawai Syarikat Kerjasama. (2). Ahli Majlis Undangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1927.

PERLANTIKAN: (1) Undang Rembau Ke-18, 1922. (2). Anggota Jawatankuaasa Penanaman Padi oleh Pentadbiran British di Semenanjung Tanah Melayu, 1930.(3). Ahli Jawatankuasa Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 1930 (?).

Isteri Dato' Abdullah Hj. Dahan

SUMBANGAN: (). Mengemukakan isu hak dan kepentingan orang Melayu dlam bidang ekonomi dan pertanian. (2).Mencadangkan supaya sistem saliran air dimajukan. (3). memberikan pinjaman wang kepada petani melalui syarikat kerjasama. (4). Meluaskan kawasan Tanah Simpanan Melayu di kawasan yang belum diteroka.(5). Menegur pentadbiran British tentang pengambilan orang India dan Ceylon dalam perkhidmatan pentadbiran British di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya dalam perkhidmatan Kereta Api Tanah Melayu. (6). Menegur pentadbiran British yang mengamalkan penghantaran pegawai Melayu ke daerah-daerah menyebabkan pegawai-pegawai berkenaan tidak berpeluang naik pangkat. (7). Memberi perhatian supaya pelajar perempuan Melayu dapat melanjutkan pendidikan ke tahap yang setinggi mungkin di sekolah Melayu atau Inggeris yanfd ditadbir oleh Kerajaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.