Monday, May 12, 2008

SEMBAH ADAT DI PAGAR RUYUNG, SUMATERA BARAT


Istana Besar Pagar Ruyung. Bangunan asalnya telah terbakar dan ini ialah replika istana itu.

CATATAN A.F.YASSIN
SEMBAH ADAT DI PAGAR RUYUNG


Kota Padang menyambut rombongan Jejak Bahasa TV3-DBP dengan keramahan masyarakat Padang. Pak Wisran Hadi, budayawan dan sasterawan Sumatera Barat telah menunggu di terminal Lapangan Terbang Padang. Masalah membawa 39 buah beg berisi kelengkapan kamera TV3 dapat diselesaikan dengan segera, kerana barangkali pengaruh tokoh seperti Wisran.

Di hotel penginapan, Bumi Minang, Dr Awang Sariyan, yang sampai siangnya menyambut 12 anggota rombongan yang yang bertolak dari Jakarta, dua jam terlewat. Awang berharap akan dapat bersama-sama mengalami proses penggambaran di Sumatera Barat, walaupun beliau akan pulang riga hari kemudian.

Tidak termasuk dalam jadual penggambaran ialah upacara kerapatan adat di Istana Besar Pagarruyung. Kebetulan majlis itu diadakan sempena perlantikan salah seorang waris keturunan Raja Pagarruyung sebagai Bupati Kabupaten Tanah Datar. Majlis itu juga diadakan kerana menyambut kedatangan salah satu keluarga diraja di Serei Menanti,Negeri Sembilan. Biasanya keluarga diraja Negeri Sembilan itu akan mengunjungi istana besar ini sempena kedatangan bulan Puasa.

Rombongan dijemput khas menghadiri upacara penuh istiadat ini. Maka pada 8 November kami bertolak dari Padang menuju istana di Batu Sangkar. Hampir semua penghulu adat dari seluruh kabupaten (Daerah) Tanah Datar berdatang sembah untuk meraikan perlantikan Bupati baru Tanah Datar, Marsiadi Martunus. Upacara ini mendapat sorotan meluar dari TVRI dan disiarkan sebelah petangnya dalam Berita Jam Enam.

Pak Wisean Hadi (kanan) ketika memberikan penjelasan berhubung sejarah Istana Besar Pagar Ruyung kepada Tim Jejak Bahasa.

Bagi kami kesempatan itu benar-benar menjadi mercu tanda ingatan, apatah lagi ketika semua anggota rombongan, khususnya Awang Sariyan dan Othman Ismail, pengurus projek Jejak Bahasa diberikan penghormatan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Datuk-Datuk Penghulu Adat yang jumlahnya hampir seratus orang. Yang menarik daripadas upcara ini ialah kata-kata perbilangan adat yang saling menyambut di kalangan datuk-datuk adat. Kami tidak begitu jelas dan kurang memahaminya bukan kerana ia dituturkan dalam bahasa Minang tetapi kerana perbilangan itu terlalu cepat dituturkan. Kami hanya sempat mendengar tentang kebulatan masyarakat seperti bulat air kerana pembetungan bulat manusia kerana muafakat. Ada juga kami mendengar perbilangasn adat bersendi kepadas syarak manakala syarak bersendi kepada kitabullah.

Upacara keraian adat ini berlansung dengan penuh istiadat dan bagi ketua projek, Dr Awang, kehadiran rombongan amat memberi kesan kepada bukan sahaja projek jejak bahasa tetapi juga projek bahasa secara keseluruhan dilihat dasri sudut kebudayaan dan istiadat Melayu. Katanya, “Kita tidak tergelincir dari tujuan asal program kita menjejaki bahasa kerana kita melihat pertumbuhan dan pengembangan bahasa bukan setakat bahasa per se. Juga saya melihat dengan kehadirasn kita semacam memberi satu jalur baru terutama dengan Bapak Bupati Tanah Datar, Pak Marsiadi, yang juga salah seorang kerabat kedaulatan Yang Dipertuan Pagarruyung.”

Selain itu, Dr Awang amat gembira kerana Jejak Bahasa dapat mengungkapkan peranan bahasa dan kebudyaan dan kehdiupan masyarakat Minang. Pertemuan dengan beberapa orang tokoh penting seperti A.A. Navis dan Wisran Hadi di Padang amat memberi manfaat kepada usaha Dewan Bahasa dan Pustaka memulakan hubungan kebahasaan dengan masyarakat penulis tetapi juga pusat pengajian tinggi di Sumatera Barat, khususnya Universiti Andalas.

Pertemuan dengan Ibu Adriyati Amir, Pembantu Dekan I di Fakulti Sastera, Universiti Andalas pada 9 November berlansung cukup akadamis. Kedua-dua pihak – DBP dan Fakultas Sastera Universiti Andalas – sependapat bahawa hubungan lebih dekat perlu diteruskan untuk misalnya mengadakan penerbitan naskhah lama.

Dari sudut penggambaran pula penerbit TV3, Zailan Abdul Rahman bagaikan tidak cukup watu untuk menyiapkan “shot-shot” menarik. Zailan dengan bantuan lima orang krunya mempunyai agenda paling ketat untuk sekadar membuat “shot”untuk dua peristiwa. Misalnya di majlis kerapat adat di Pagarruyung, Zailan menhabiskan masa sehingga satu hari mengadakan penggambaran. Setengah hari untuk merakamkan kerapatan adat dan setengah hari lagi merakamkam randai yang diadakan sebelah petang. Faktor cuaca yang tidak menentu turut mempengaruhi pemnggambaran. Sebelah petangnya, hujan turun dan penggambaran terpakasa ditangguhkan untuk beberapa ketika.

Zailan yang benar-benar peka tentang sudut-sudut dan latar penggambaran sesuatu peristiwa menghadapi masalah untuk merakamkan acara “kaba”yang telah diaturkan di Universiti Andalas. Menurutnya, latar yang digunakan untuk “Kaba” tidak sesuai. Kaba merupakan acara bercerita yang dilagukan dengan iringan serunai. Bagi Zailan latar yang sesuai untuk acara pembacaan kaba ini ialah suasana hening dan romantik seperti di tengah sawah atau di depan rumah gadang Minang.

Maka akhirnya dipilih satu tempat yang berlatar belakangkan sawah padi dengan gunung ganang di belakangnya. Tempat itu terletak kiras-kira lima kilometer dari universiti. Timbul masalah. Bagaimana mahu mengangkat pertalatan penggambaran. Sebabnya untuk sampai ke tempat penggambaran, kami perlu meniti permatang sawah yang licin dan berlumpur. Pujian perlu diberikan kepada setiap kru TV3 dapat menyelesaikan masalah itu. Mereka begitu sabar membawa alat-alat penggambaran itu satu demi satu. Oleh kerana mereka membawa satu kamera maka adegan membaca “kaba”ini diadakan berulang kali. Penggambaran memakan masa hampir tiga jam untuk hanya tayangan tidak lebih daripada satu minit.

Pada Malam terakhir di Padang sebelum menuju Bukit Tinggi DBP-TV3 meraikan Bupati Tanah Datar, Masriadi, Timbalan Bupati Solok, Elvi Sahlan dan pengarang A.A.Navis dalam satu majlis makan malam di Kota Padang. Dr Awang dalam ucapan alu-aluannya berharap kerjasasma erat dalam bidang kebudyaan, khususnya kebahasaan dapat dijalin dengan kedua-dua bupati dan fakulti sastera, Universiti Andalas. Ini satu titik mula yang amat menyenangkan.

Kedua-dua bupati dari Tanah Datar dan Solok ini melihat pertemuan malam itu sebagai pemula daripada satu hubungan jangka panjang yang “bisa dimanfaatkan kedua-dua pihak.” Mereka mengungkapkan bahawa pusat pengajian tinggi akan dan sedang diusahakan di kedua-dua daerah itu. Malah di Tanah Datar “sudah ada pusat pengajian tinggi bertaraf universiti dengan mahasiswanya berjumlah hampir seribu orang. Kedua-dua bupati mengharapkan kunjungan akan lebih banyak diadakan bagi mempererat bukan sahaja hubungan silaturrahim tetapi juga jalinan kebahasaan, persuratan dan kebudayaan.

Bagaimanapun, hasrat A.A.Navis yang disampaikannya dalam majlis makan malam itu amat mengharuku. Navis mahu orang bahasa dari kedua-dua negara – Malaysia dan Indonesia – jangan terlalu egois. Katanya, dalam usaha kita mencari persamaan dan menyatukan dua bahasa, kita sebenarnya menjarakkan kedua-dua bahasa yang sepatutnya disamakan. Navis yakin bahawa ketika ini bahasa Melsayu dan bahasa Indonesia semakin jauh memisahkan dire. Orang Indonesia terlalu ghairah dengan pembentukan kata-kata singkatan atau akronim dan cuba memperkayanya dengan mencari ke dalam bahasa yang sudah “mati”(sanskrit). Di Malaysia pula tokoh bahasanya terlalu ghairah membentuk kata-kata dari bahasa Inggeris.

Navis memberi contoh. Ketika di Malaysia dia terdengar orang bercakap melalui telefon bimbitnya, “ Don’t worrylah. Insya Allah!” Sementara di Indonesia dia mendengar pula percakapan seperti, “Kakan pusdiklat.” Ini bahasa apa? Tanyanya. Navis tidak mengerti. Navis juga melihat banyaknya perbezaan kata dan istilah yang membawa orang tidak mengerti. Contoh nyata Navis ialah perkataan “ibu pejabat”. Di Malaysia apakah ibu pejabat perlu dipijak-pijak. Orang Indonesia memahaminya sebagai wanita yang menyandang jawatan pegawai kerajaan. Sedangkan di Malaysia ibu pejabat adalah kantor bagi Indonesia.

Perbezaan yang diakibatkan oleh sikap egois kedua-dua pihak dalam bidang bahasa ini membuat Navis pusing (bukan berpusing-pusing, katanya sacara bercanda). Makanya di depan dua Bupati, dia mohon jasa baik mereka agar sesuatu perlu dilakukan untuk menjalin rasa kebersatuan dalam bahasa Malaysia dan Indonesia. Hasrat Navis ini cukup lantang dan merupakan satu permintaan daripada seorang pengarang terkenal Indonesia. “Suasana dan situasi di Indonesia hari ini memungkinkan pesoalan itu bisa diselesaikan,” katanya.

Selepas majlis makan malam, saya melihat wajah Awang yang ceria berseri. Segera saya teringatkan kata-katanya semasa berada di Mekah beberapa bulan yang lalu. Awang mempelawa saya untuk sama-sama menjayakan program Jejak Bahasa yang akan diterbitkan bersama DBP dan TV3. Awang menjelaskan tujuan program yang leboh menumpukan kepada pertumbuhan dan pengembangan bahasa dilihat dari perspektif tamadun Melayu dan kebudayaan sejak zamanlampau. Katanya berulang kali bahawa program ini bukan memaparkan bahasa per se. Dan hal inilah juga yang sering dikatakan berulang kali dalam setiap mesyuarat post-mortem dan preview yang diadakan hampir setiap malam. Sebabnya ada satu dua anggota rombongan yang masih lagi mempersoalkan beberapa aspek dan objek penggambaran yang dilakukan kru TV3 yang menurutnya tidak relevan.
Padang, 10 November 2000

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.