Friday, May 9, 2008

OBITUARI: USTAZAH HAJAH AMRAH MAHMUD SEPUPU KHAIRY JAMALUDIN

Sepupu Khairy ditemui mati dalam rumah
REMBAU 30 Dis. – Sepupu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Siti Amrah Mahmud, 72, ditemui mati dalam sebuah bilik berhampiran dapur rumahnya di Kampung Gadong di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Huzir Mohamed berkata, mayat Siti Amrah ditemui setelah polis memeriksa rumah mangsa pada kira-kira pukul 9.30 malam.
“Kita percaya mayat mangsa sudah berada di situ lebih 24 jam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi ini.
Mangsa juga merupakan sepupu kepada Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Tampin, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Menurut Huzir, kejadian itu disedari oleh jirannya apabila melihat lampu di bahagian luar dan dalam rumah terus terpasang sejak beberapa hari lalu sementara telefon mangsa tidak berjawab.
Katanya, siasatan awal polis mendapati ada kesan pecah masuk ke rumah berkenaan berdasarkan kepada kesan umpilan pada jeriji rumah itu selain barangan dalam rumah yang diselongkar.
“Polis sedang menyiasat dan mencari bukti daripada tempat kejadian ini. Mayat itu sudah berada di situ lebih 24 jam,” katanya.
Mayat Allahyarham Siti Amrah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk dibedah siasat dan mencari punca kematiannya.
Difahamkan, rumah mangsa merupakan antara lokasi untuk Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau berehat sekiranya berada di Rembau atau kawasan sekitarnya.
Sementara itu, polis menahan 18 warga negara asing yang berada di sekitar kawasan berkenaan untuk membantu siasatan polis.
Petikan akhbar Utusan Malaysia, 31 Disember 2007.
komen: Pemergian Allahyarham seperti memenuhi kerinduannya untuk menemui orang yang amat dikasihi yang telah pergi lama sebelumnya, Allahyarham Ahmad Mohd. Noh, di samping kedua-dua orang tuanya, Haji Mahmud dan Hajah Seomor Hj. Bakar. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh allahyarham. Amin!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.