Sunday, January 11, 2009

UNDANG MUBARAK DOHAK DIIKTIRAF KERAJAAN NEGERI

ARKIB : 10/01/2009
Kerajaan NS iktiraf Undang Luak Sungai Ujong
SEREMBAN 9 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan mengiktiraf Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong dan ia tidak boleh dipertikaikan lagi.

"Saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa persoalan tentang kedudukan Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong. Dia merupakan Undang Luak Sungai Ujong yang sudah diiktiraf oleh kerajaan negeri dari dahulu hingga sekarang," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau menjelaskan demikian berikutan terdapat pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan (mempertikaikan) kedudukan Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong seperti yang tersiar di akhbar baru-baru ini.

Katanya, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan telah membincangkan isu mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang berkenaan dan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan telah menolak isu tersebut.

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal pentadbiran adat di negeri ini.

Mohamad berkata apabila Dewan Keadilan dan Undang telah membuat keputusan maka itulah keputusannya dan ia tidak boleh dipertikaikan manakala kerajaan negeri akan mengiktiraf apa juga keputusan yang telah dibuat oleh Dewan Keadilan dan Undang.

"Dalam hubungan ini, sejauh yang kita sedari, kerajaan negeri mengiktiraf kedudukan Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong dan tidak ada dakwa-dakwinya lagi...itu adalah pendirian kerajaan negeri.

" Pendirian kita adalah tetap mengiktiraf Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong," katanya. (Dipetik daripada Utusan Malaysia, 10 Januari 2009).

- Bernama

komen:
Lazimnya soal pengiktirafan oleh sesebuah kerajaan itu membawa makna segala kemudahan dalam segala rupa bentuk diberikan. Dalam hal ini Undang Sungai Hujong, Dato' Mubarak Dohak akan menerima bukan sahaja jawatan bergelar gelaran itu tetapi juga ganjaran kewangan seperti gaji, elaun dan yang lain-lain termsuk penghormatan dari sudut protokol serta keistimewaan lain. Yang lebih penting jawatan Undang membawa bersamanya tanggungjawab memilih Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.