Papers on Negeri Sembilan History: Notes on Rembau and Naning - A glimpse into the life - the past, the present and the future - of Negeri Sembilan dwellers, particularly Rembau and Naning, the cradle of Adat Perpateh culture.
Wednesday, January 7, 2009
ANTARA ZULKEPLEY DAHALAN DAN MUBARAK DOHAK: MANA SATU UNDANG?
Zulkepley menunjukkan Struktur Organisasi Waris Negeri Luak Sungai Ujong pada sidang media yang diadakan di kediamannya, di Ampang Jaya, semalam.
'Pelantikan Undang Luak Sungai Ujong sah'
SEREMBAN: Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menegaskan pelantikan Datuk Mubarak Dohak sebagai Datuk Klana Petra Ke-10, Undang Luak Sungai Ujong, adalah sah mengikut adat istiadat Luak Sungai Ujong.
Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, Datuk Jemal Zainal Kasim, berkata perisytiharan pelantikan dibuat Datuk Shahbandar Luak Sungai Ujong, Datuk Shaari Hassan pada 29 Disember 1993.
"Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada mesyuarat khas 19 Ogos 2002 sudah membincangkan isu pelantikan itu dan membuat keputusan Mubarak kekal menyandang pusaka Datuk Klana Petra Ke-10," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Jemal Zainal berkata, Fasal 16(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 menyatakan bahawa;
‘Nasihat Dewan atas soal-soal berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu di mana terdapat di dalam negeri ini termasuk nasihat atas soal-soal berkaitan dengan pemilihan atau warisnya kepada atau perlucutan daripada atau pengosongan jawatan mana-mana Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin yang disebut di dalam fasal 14 adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah di atas sebarang alasan.’
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan seorang waris kanan Undang Luak Sungai Ujong mempersoalkan status kesahihan seorang daripada Undang Yang Empat.
Datuk Sri Diraja Luak Sungai Ujong, Zulkepley Dahalan, mendakwa Undang berkenaan sudah dipecat hasil mesyuarat waris luak berkenaan kerana melakukan 26 kesalahan sepanjang memegang jawatan itu sejak 15 tahun lalu.
Di KUALA LUMPUR, Zulkepley berkata beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Mubarak kerana pelantikannya sebagai Undang Luak tidak sah mengikut Perlembagaan Negeri Sembilan 1959.
Beliau berkata, perlantikan Mubarak bukan saja tidak mengikut peraturan adat pesaka, malah sudah dipecat oleh anak waris mengikut peraturan adat Luak Sungai Ujong mengikut Artikel 14 (1) dan 32 Perlembagaan Negeri serta Artikel 71 (2) Perlembagaan Persekutuan.
“Beliau tiada kuasa mencampuri urusan adat pesaka sebagai Undang Luak Sungai Ujong, terutama dalam pemasyhuran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, baru-baru ini.
“Kedudukan Luak Sungai Ujong yang tidak mempunyai Undang perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum pertabalan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dilaksanakan,” katanya pada sidang media di kediamannya, di sini semalam.
Zulkepley turut mendakwa sebarang campur tangan Mubarak dalam urusan adat pesaka Negeri Sembilan tidak sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan malah Undang Luak yang empat, iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau juga tidak boleh mencampuri perjalanan adat pesaka luak yang lain.
Katanya, Ibu Soko dan anak waris di Darat Sungai Ujong juga mengambil keputusan memecat Mubarak dalam dua kerapatan adat di Mantin dan Pantai, Seremban kerana mendapati beliau melakukan 13 kesalahan salah laku adat. (Petikan Berita Harian, 6 Januari 2008)
Komen:
Sudah dijangkakan. Lambat laun akan ada waris yang akan menuntut haknya untuk menjadi Undang Sungai Ujong. Cerita tuntut-menuntut dalam jawatan Undang ini bukan cerita baru, malah "dah bojoman" kata orang Negeri Sembilan. Dulu bila kekuatan fizik menjadi ukuran, ada yang sampai berperang dan bergaduh besar untuk menuntut hak. Tapi sekarang siapa kenal siapa menjadi ukuran.
Mesti ada cara untuk mengurangkan cerita tuntut-menuntut hak dan pesaka ini. Barangkali Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan sepatutnya berbuat sesuatu untuk melicinkan lagi perjalanan adat dan hal tuntut-menuntut ini. Guna pakai sistem susur-galur adalah salah satu opsyen terbaik, dengan syarat semua waris patuh kepada sebarang keputusan yang dibuat oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan. Syarat pentingnya ialah Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan hendaklah berkecuali sifatnya dalam menangani sebarang kemelut dan tuntutan adat.
Sekarang ini pun sudah timbul cerita ada waris yang mendakwa "punya hak dipilih untuk menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan." Kata waris ini menurut sejarah waris ini juga adalah daripada keturunan Raja Melewar, Raja Rembau (nama Negeri Semblan belum digunakan lagi) yang ditabalkan di Penajih, Rembau abad ke-18 dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nk wat cmno...
ReplyDeleteskang nie smua er nk pgkat n duit...
sbb 2 la susur glur pn dh x laei diikut...
Yolah. Bila fikirkan ganjara kewangan dan status yang mengiringi gelaran itu "hijau" juga mata dibiatnya. Maklumlah ganjaran dan status itu seumur hidup bukannya lima tahun sekali. Kata orang Negeri Sembilan, "Bojo-oh dibuek eh!"
ReplyDeleteTeringat juga kata Ismail Bontak: "Ayo golo dek eh!"
gilo gapo
ReplyDelete