Tuesday, June 2, 2009

MENGENANG ARWAH PENULIS YEOP JOHARI YAAKOB

PAS N.Sembilan telah kehilangan seorang sasterawan dan pejuang veteran dengan pemergian ke rahmatullah Drs Yeop Johari Yaakob pada pagi Jumaat 10 Mac 2006 yang lalu.

Drs Yeop atau lebih dikenali dengan Cikgu Yeop dikalangan rakan-rakan yang tidak menunjukkan sebarang penyakit sebelum ini meninggal dunia di rumahnya di Taman Paroi Jaya , Seremban semasa tidur pada usia 60an.

Beberapa pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan telah menziarahi jenazah beliau antaranya Dr Rosli Yaakop Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Us Kassim Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan, Hj Abd Taufek Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan.

Cikgu Yeop terkenal di kalangan para sasterawan ketika beliau berkhidmat bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Semasa hayat beliau , beliau telah memberikan khidmat di peringkat badan perhubungan PAS N.Sembilan, PAS Kawasan Tampin, serta PAS Cawangan Astana Raja serta PAS Cawangan Kota.

Malah rumah beliau di Kg Bongek dijadikan Markas PAS serta kegiatan PASTI DUN Kota sedikit masa dahulu. Cikgu Yeop juga turut aktif memberikan khidmat masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar miskin yang mendapat khidmat tuisyen serta kelas tambahan.

Disamping itu Cikgu Yeop sering memperjuangkan Adat Perpatih yang berlandaskan hukum syarak, sesuai dengan kata adat Adat Bersendikan Hukum, Hukum Bersendikan Kitab Allah, Syarak Mengata Adat Menurut.

Sesungguhnya PAS N.Sembilan telah kehilangan seorang pejuang yang unik serta sukar untuk ditukar ganti. Semoga Allah merahmati roh beliau serta melahirkan lebih ramai lagi pejuang Islam yang meperjuangkan sasterawan Melayu Islam serta Adat Perpatih dari kacamata Islam di negeri yang penuh beradat ini.
Posted by NS at 3/13/2006

Komen:
Maha suci Illahi Azawajalla lebih menyayanginya. Amin ya Rabul Alamin!

2 comments:

  1. Terima Kasih di atas ingatan tuan pada arwah bapa saya

    ReplyDelete
  2. Mohon maaf karena baru sekarang baca komen Sdr Jaiz Anuar eop Johari. Saya dan arwah kawan baik sejak tahun 1972 dan sering bersama-sama dalam meningkatkan keupayaan dalam bidang pendidikan. Saya masih ingat bagaimana beliau menyusun senarai perkataan dalam bahasa Rembau dalam tesis Sarjana Mudanya (kalau tak silap), yang sepatutnya dibukukan oleh persatuan penulis Negeri Sembilan (PEN).

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.