Friday, April 25, 2008

TUAN GURU HAJI IBRAHIM REMBAU

Tokoh Ulama Tuan Guru Ibrahim Dahan, Negeri Sembilan.



Sekolah pondok Tuan Guru Fuad Kamaruddin, anak murid Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau di Bukit sembilan, Chengkau, Negeri Sembilan yang bakal menjadi Kampus Al-Azhar Cawangan Malaysia tidak lama lgi.



TOKOH: Ibrahim Bin Haji Muhammad Dahan Bin Hassani, Haji. Juga dikenali dengan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau,

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1907, di Kampung Seri Lemak, Rembau, Negeri Sembilan. Mennggal dunia pada 3 Ogos 1997.

PENDIDIKAN : (1) Sekolah Melayu Salak Nama, Rembau, Negeri Sembilan, 1916 – 1922. (2). Sekolah Arab al-Ahmadiah, Alor Setar, Kedah, 1925 – 1930. (3). Belajar Ilmu Falak dengan Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidek Syeikh Islamiah, Kedah pada masa yang sama (1925 – 1930). (4). Melanjutkan pengajian agama di Makkah bagi mendalami Ilmu Fikah, Tauhid dan Hadis. (5). Melanjutkan pengajian di sebuah pusat pengajian di Kota Bahru, Kelantan selama empat tahun. Beliau bersanad kepada Tok Kenali dan Haji Umar Sungai Keladi tentang ilmu nahu, Ilmu Syaraf, ilmu Falak dan Ilmu Arabiyah. (6). Bersanad juga kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.

KERJAYA: (1). Guru sekolah pondok di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1935. (2). Guru madrasah di Madrasah Islamiah Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1946. (3). Guru Agama, Sekolah Menengah Undang Rembau, Negeri Sembilan, 1962 – 1968. (4). Penguatkuasa Zakat Fitrah Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, 1969. (5). Penceramah Bebas, mengajar di surau dan masjid di Tampin, Johol, Gemas dan Rembau, Negeri Smbilan, 1970 – 1997.

PENCAPAIAN: (1). Menubuhkan Madrasah al - Islamiah Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1946 dengan mengadakan majlis ikhtifal diadakan setiap tahun hingga tahun 1959, (2). Sepanjang tempoh pendidikan agamanya, beliau mendapatkan ilmu keagamaan daripada ramai ulama tanah air pada zamannya. Antara guru agama dan ulama yang mendidiknya termasuklah Tuan Guru Mumkin Dhahir Bin Darus (al-Quran), Tuan Haji Muhamad Haji Mustafi (Ilmu Tajuid), Tuan Guru Haji Mustaffa Haji Mahmud (Bahasa Arab), Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidek Syeikh Islmiah, Kedah (ilmu Falak), Tuk Kenali, Kelantan (Ilmu Nahu, Ilmu Syaraf dan ilmu Arabiyah seperti Tasauf, Kerohanian dan Perubatan), (3). Bukunya Nur al-Aulad yang diterbitkan pada tahun 1939 telah dicetak ulang sebanyak enam kali, iaitu pada tahun 1949, 1952, 1963, 1975, 1989 dan 1991. (4). Meningkatkan taraf Madrasah Al-Islamiyah yang ditubuhkannya pada tahun 1946 kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim pada tahun 1957.

INOVASI: (1) Seorang “murobbi” atau mursyid yang mencadangkan pendidikan yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran dan diri peribadi serta ketaatan beribadah. (2). Memimpin anak-ank didikannya supaya memperkerapkan amalan solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha, manakala memperkerap amalan sholat fardhu berjemaah. (3) Mewakafkan tanahnya untuk membina madrasah al-Islamiyah dengan sistem pendidikan agamanya dinaik taraf mengikuti sistem pendidikan sekolah rendah agama rakyat (4) Menyemarakkan semangat dan meningkatkan inspirasi rakan-rakan sepengajiannya dalam usaha menyebarluaskan ilmu keagamaan ke seluruh pelusuk tanah air. Antara rakan-rakan sepengajiannya termasuklah Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang, Melaka, Haji Abdul Ghani pondok Pasir Mas, Kelantan, Tuan Guru Haji Abd. Aziz Ibrahim dari Pendang, kedah, Tuan Haji Salleh Kemboja, Tuan Kadi Haji Mohd. Yatim Zainal Abidin dan penceramah bebas Tuan Haji Yassin Zainal Abidin, (dua adik-beradik), yang bersama dua yang lain, Haji harun bin Haji Lassim dan Lebai Hitam bin Ali, mengasaskan penubuhan Madraasah Ulu Gadong ( kini dinamakan Sekolah Agama Haji Mohd. Yatim Ulu Gadong), Kota, Negeri Sembilan.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Nur al Aulad, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1939. (2). Taqwim Sholat bagi kawasan Negeri Sembilan, Selangor dn Melaka, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1954. (3). Shalah al Ghilman fi ‘Ibadah ar-Rahman, oleh Ibrahim Muhammad dahan, 1976. (4). Risalah Kecil mengandungi doa, waktu sholat dan arah Qiblat, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1976. (5). Risalah mengerjakan Haji dan Umrah serta Teks khutbah Jumaat dan Hari Raya, oleh Ibrahim Muhammad Dahan. 1976.

ANUGERAH/GELARAN: Tidak ada
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.