Wednesday, April 30, 2008

HOW REMBAU WAS WON!


Kg. Padang Lekok: Dato' Laut Dalam was said to have landed here, about 200 meters down stream from the place where Dato' Lela Balang first landed.


The upper Sungai Rembau (the meeting of two rivers - Sg. Rembau and Sg. Kendong. Sumateran (Minangkabau) Chief, Dato' Lateh and Dato' Lela Balang (who came later) were said to have landed here and founded Rembau and the Negeri Sembilan Federation. The place where he landed is now named Kota Lama.

REMBAU

BRIEF HISTORY
Rembau, one of the component states of the Negri Sembilan federation, dates from 1540. Two Minangkabau chiefs, Dato' Laut Dalam and Dato' Lela Balang founded the state. They agreed a pact whereby the headship of the state would alternate between their descendants in the female line. The former was invested with the family title of Dato' Setia Raja, and the latter with that of Dato' Lela Maharaja by the Sultan of Johor. The ruler is styled the Undang Luak, he is selected by the great noble title-holders within the state. An attempt to establish a superior hereditary ruler (Yang di-Pertuan Muda) proved a failure. The northern districts, centred on Tampin, became a new principality, ruled by the family of the Yang di-Pertuan Muda. The southern districts continued under the traditional form of elective head of state and retained the original name of Rembau.

STYLES AND TITLES:
The ruler: Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau, i.e. the Undang of Rembau.
Wife of the ruler: Toh Puan.

RULES OF SUCCESSION:
The Undang may be selected from one of two great families known as the Waris Jakun (who hold the hereditary title of Dato' Lela Maharaja) and the Waris Jawa (who hold the hereditary title of Dato' Sedia di-Raja). Although officially elected by the great nobles of the state, the office of Undang alternates between the heads of the two houses. Succession to the titles of Dato' Lela Maharaja and Dato' Sedia di-Raja is through the female line. Generally, the son of the eldest sister of the deceased title-holder, succeeds him.

ORDERS AND DECORATIONS:
None, see Negri Sembilan.

GLOSSARY:
See under Malaysia, main page.

SOURCES:
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.
R J Wilkinson, Papers on Malay Subjects, Malay History, Part V, Notes on the Negri Sembilan, FMS Government Press, Kuala Lumpur, 1911.

SPECIAL SCKNOWLEDGEMENT:
Dato' Hj. Zulkipli bin Hj. Shamsudin.

The Waris Jakun
Datuk Lela Balang, 1st Dato'Lela Maharaja. m. Datuk Bungkal binti Batin Sekudai. They had issue:
• 1) Datuk Pundong, who left descendants at Kampong Kota ->
• 2) Datuk Makraman, who left descendants at Kampong Chengkau ->
• 3) Datuk Siti, who left descendants at Kampong Gadong ->
• 4) Datuk Lijah, who left descendants at Kampong Tebat Chembong ->
• 5) Dato' Sri Rama, 2nd Dato'Lela Maharaja - see below.

The Waris Jawa
Datuk Laut Dalam, 1st Dato' Sedia di-Raja, by his wife, Jawa. They had issue:
• 1) Datuk Malidi, who left descendants at Kampong Bukit ->
• 2) Datuk Norimah, who left descendants at Kampong Pulau ->
• 3) Datuk Shamsiah, who left descendants at Kampong Tengah ->
• 4) Siti Hawa. m. Dato' Sri Rama bin Datuk Lela Balang, 2nd Dato' Lela Maharaja (d. 1555), son of Datuk Lela Balang, 1st Dato' Lela Maharaja, by his wife, Datuk Bungkal binti Batin Sekudai.

Komen:
A state within a state, I mean "once upon a time". Having said that Mukim Gadong will be further blessed when the famous Egypt's University of Al-Azhar will set its first ever branch campus overseas at Bukit Sembilan, Chengkau Ulu, just a few kilometers north of Kota, a small hamlet discovered by Sumatran Dato Lela Balang and wife Dato' Bungkal in the 15th century.

ULAMA REMBAU HJ. MOHD. YATIM


Kadi Rembau Allahyarham Tuan Hj. Mohd. Yatim Hj Zainal Abidin, dari Suku Tanah Datar, Gadong.

Allahyarham Faizal Fadzil, cucu saudara ulama Rembau, Allahyarham Haji Mohd. Yatim Hj. Zainal Abidin. Faizal adalah bekas wartawan di Berita Harian.

FRIDAY, JUNE 30, 2006
Ulama Rembau
Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin ( 1903 – 1979)

Latar Belakang

Allahyarham Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin dilahirkan dalam tahun 1903 bersamaan 1320 Hijrah di Kampung Tanah Datar, Kota dalam Daerah Rembau. Bapanya dari suku Tanah Datar dan manakala ibunya orang Biduanda. Beliau anak pertama dari dua adik beradik.

Pendidikan

Haji Mohd Yatim mula mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Kota sehingga Darjah Empat. Bapanya menyimpan hasrat supaya anak lelakinya itu menjadi orang alim dalam agama. Lalu beliau menghantar Allahyarham mengaji agama di pondok- pondok dalam Negeri Kedah dan Kelantan ketika usianya menjangkau 20an. Mengikut riwayatnya, beliau pernah berguru dengan Allahyarham Tok Kenali tokoh ulama terbilang dari Kelantan. Sekembalinya ke kampung halaman, beliau bertemu jodoh dengan Hajjah Aminah Binti Haji Tahadan ketika usianya telah 32 tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki dalam tahun 1936.

Belayar Ke Mekah

Tidak beberapa lama selepas itu, Allahyarham membawa isteri dan anak kecilnya menunaikan rukun Islam kelima. Beliau bertekad untuk menetap di Mekah untuk melanjutkan pengajian agamanya. Allahyarham menuntut di Darul Ulum Masjidilharam Al Makkahtul Al Mukarramah. Mereka memperolehi anak perempuan di sana tetapi Allah SWT lebih menyayangi puterinya ini dan meninggal dunia dalam usia masih kecil. Dijangkakan Haji Mohd Yatim menuntut di Mekah selama hampir 4 tahun sebelum balik ke tanahair.

Membuka Madrasah

Sekembalinya dari Mekah, Allahyarham terus menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk berbakti. Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah pondok di kampungnya di Ulu Gadong. Selepas dua tiga tahun membuka pondoknya, Allahyarham Haji Mohd Yatim prihatin dengan kedhaifan anak-anak yatim dan miskin untuk mendapat pengajian agama. Dengan tekad dan sokongan penduduk-penduduk kampungnya, mereka akhirnya mendirikan Madrasah Itthihadiah Ulu Gadong dan sebuah asrama untuk dihuni oleh anak-anak yatim dan miskin secara percuma. Allahyarham Haji Mohd Yatim memberikan segenap tenaganya untuk menghidupkan madrasah yang telah didirikan.

Haji Mohd Yatim juga mengajar agama sebelah malamnya di surau-surau atau masjid sekitar Daerah Rembau sehingga akhir hayatnya. Beliau juga adalah pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Ulu Gadong. Mungkin kerana kegigihan dan kealimannya maka Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah, Undang Luak Rembau ketika itu telah melantik Allahyarham menjadi Kadhi Daerah Rembau bagi tahun 1954 hingga 1968.

Perwatakan

Menurut anak-anaknya, bapa mereka berperwatakan lemah lembut, tekun dalam mencari ilmu dan mendidik, mudah tersenyum dan penyabar. Sikap ini tentu menepati gaya peribadi unggul seorang guru dan alim pula dalam agama. Beliau juga seorang bersederhana dalam berpakaian dan sering berserban, berbaju Melayu dan berkain pelekat sahaja.

Dengan isterinya Hajjah Aminah Binti Haji Tahadan, mereka dikurniakan 11 orang cahaya mata iatu 4 lelaki dan 7 perempuan. Setelah isterinya meninggal dunia, Allahyarham berkahwin kali kedua dengan Hajjah Sarah Binti Haji Maarof tetapi tiada memperolehi anak.

Meninggal Dunia

Allahyarham yang telah menginfakkan sebahagian besar tenaga dan usianya kepada pendidikan agama ini akhirnya dijemput Allah SWT sewaktu usianya 76 tahun. Beliau kembali ke rahmatullah pada tanggal 13 April 1979. Atas segala baktinya itu, sekolah yang didirikannya ( telah diambil alih oleh Kerajaan) diberi nama Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim. Beliau juga dianugerahkan Pingat Khidmat Lama ( PKL) dan dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Silam Negeri Sembilan sempena Sambutan Maal Hijrah 1423 yang lalu. Kita berdoa semoga ulama yang gigih ini diberkati Allah SWT jua atas sumbang bakti beliau dalam mendidik anak bangsanya. Amin. (Dipetik daripada blog Orangtuo).
POSTED BY ORANGTUO AT 1:34 AM
Komen:
afyassin said...
Saya tertarik membaca serba ringkas riwayat hidup Tuan Haji Mohd. Yatim bin Haji Zainal Abidin yang tertera ini. Namun demikian saya rasa saya ingin membuat penjelasan sedikit berhubung latar awal kehidupan Tuan Haji Mohd. Yatim.

Setahu kami ayah Tuan Haji Mohd. Yatim, iaitu Tuan Haji Zainal Abidin. Nama penuh Haji Zainal Abidin ialah Haji zainal Abidin bin Lamit. Beliau adalah orang suku Biduanda Gadong yang bersemenda dengan suku Tanah Datar apabila beliau berkahwin dengan wanita darpada suku berkenaan. Adik perempuannya bernama Lamah bte Lamit. Lamah ini adalah ibu mentua Cikgu Abbas Bin Ali dari Chengkau, seorang guru sekolah King George Ke-V, Seremban. Cikgu Abbas pernah menterjemahkan buku sejarah Rembau karangan Parr dan Mckerry (kalau tak silap) ke dalam bahasa Melayu yang diberi tajuk Rembau: Perlembagaan dan Adat Istiadatnya.

Haji Mohd. Yatim ini mempunyai adik yang bernama Haji Mohd. Yassin bin Haji Zainal Abidin (berlainan ibu). Menurut ceritanya madrasah yang didirikan di Ulu Gadong itu diasaskan bersama kedua adik-beradik ini dengan antara tenaga pengajarnya Ustaz Ahmd Serol, Legong, Ustaz Ahmad Anwar, Ustaz Ahmad Munir dan Haji Yassin sendiri. Asalnya madrasah ini ditempatkan di Surau Ulu Gadong sebelum dipindahkan ke lokasinya yang ada sekrang. Haji Mohd. Yassin juga pernah belajar agama di Kedah dan Kelantan. Semasa di Kelantan Haji Mohd. Yassin juga belajar dengan Tok Kenali. Adik Haji Mohd. Yatim ini telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1984.

Kedua-dua adik beradik ini ke Mekkah secara berasingan. Haji Mohd. Yassin ke Mekah ketika masih kecil, dibawa oleh emak saudaranya, Hajah Meja (Anjang), isteri kedua Undang Rembau Dato' Haji Sulong Miah Lela Maharaja.

Sekadar makluman, saya adalah anak saudara kepada Tuan Haji Mohd Yatim dan bersepupu dengan anak-anaknyanya. Semasa kecil kami rapat, iaitu dengan Tuan Haji Fuzi di Seremban, Haji Hamdan yang tinggal di Bongek, dan Hajah Rahah yang menetap di Sri Kendong.

ADAT PERPATIH DALAM GLOSARI


Penyusun buku Glosari Adat Negeri Sembilan, Prof. Norhalim Ibrahim (kanan) dalam satu majlis muafakat adat di Kg. Tengah, Chengkau,2001.

CATATAN A.F.YASSIN
Perbilangan Adat Perpatih Dibukukan

Sekali lagi Norhalim Ibrahim, mantan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang menunjukkan bahawa dia bukan calang penulis dalam bidang adat resam di Negeri Sembilan. Warga suku Batu Hampar Rembau ini menambah sebuah lagi buku tentang adat yang bakal menemui pembaca di pasaran Ogos depan. Dengan bantuan Kerajaan Negeri Sembilan, terutama Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Menteri Besar, Norhalim mengusahakan Glosari Istilah Adat Negeri Sembilan. Katanya, “Saya mengambil masa dua tahun lebih mengkaji setiap istilah yang ada kaitannya dengan adat Perpatih.” Norhalim sejak bersara dari UPM dilantik sebagai Karyawan Tamu kerajaan negeri. Tugas utamanya mengusahakan penyusunan gloasari perbilangan adat perpatih.

Menteri Besar yakin Norhalim mampu melakukannya berdasarkan sejumlah buku tentang adat perpatih yang telah ditulisnya. Sejak satu dekad lalu, Norhalim berjaya menerbitkan Adat perpatih (1993), Negeri Yang Sembilan (1995), Perkahwinan Adat di Negeri Sembilan (1996) dan Sejarah Linggi (1998). Bersama Mohamad Tainu dan Dharmala NS, Norhalim menyusun Adat Merentas Zaman (1994), Luak Tanah Mengandung (1994) dan Luak Jelebu (1994). Akhirnya bersama Asmawati Baharuddin Norhalim menulis Adat Idtiadat Perkahwinan Melayu, Cina dan India (1996).

Kelahiran Glosari Istilah Adat Negeri Sembilan dianggap kemuncak penulisannya tentang adat, walaupun katanya akan ada beberapa buah buku lagi bakal disiapkan. Semuanya tentang adat di tanah-tanah luak seperti Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Tampin dan Naning. Katanya, “Sedang dirancang. Insya Allah, kalau tak ada haral, semuanya akan diusahakabn. Doa sahajalah supaya badan saya sihat walafiat.” Ini kata-katanya ketika saya mengunjunginya di Seremban baru-baru ini.

Norhalim, sarjana lulusan University of Hull, United Kingdom, bukan orang baru dalam adat. Pandangannya tentang adat Perpatih sering diminta oleh Datuk-Datuk Lembaga pelbagai luak, malah oleh Yang Dipertuan Besar sebagai Ketua Dewan Adat Negeri Sembilan. Norhalim bicara tentang adat bagai air lalu, dan jarang sekali dia menolak pelawaan asal sahaja isu yang dibangkitkan adalah tentang adat itu sendiri bukan pribadi pemimpin adat, misalnya.

Buku Glosari yang disusunnya bukan pula calang-calang buku. Sekali imbas penyusunannya mengambil pendekatan kemasyarakatan dan mesra pengguna, terutama pemimpin-pemimpin adat di negeri beradat itu. Norhalim mengakui ramai pemimpin adat masih memerlukan satu bahan rujukan yang “boleh digunakan dalam melaksanakan pentadbiran adat sehari-hari.” Maklum, Negeri Sembilan satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem matrilenal kekeluargaan. Maka pemimpin adatnya mahu tidak mahu perlu mahir dalam perjalanan adat, paling-paling tahu konsep dan pengertian setiap perbilangan yang memperkasa sistem itu. Naning, walaupun masih mengamalkan sistem adat perpatih dan berada di Negeri Melaka, satu ketika dulu ia memang sebahagian daripada Negeri Sembilan. Konon ceritanya, Melaka dan Negeri Sembilan saling bertukar kawasan antara Port Dickson dan Alor Gajah (nama Naning sekarang) supaya Negeri Sembilan punya kawasan pantai juga.

Glosari ini berupa kamus istilah. Paling-paling itu yang dimaksudkan Norhalim. Menurutnya, minat untuk menyusun gloasari adat timbul akibat bertambah seriusnya hakisan budaya adat terutama di kalangan generasi muda. Katanya, “Penghakisan bermula apabila masyarakat cuba meniru dan mengamalkan ideologi dan cara hidup Barat. Inggeris, utamanya, telah memperkenalkan sistem sosial baru yang bertentangan dengan sistem sosial adat Perpatih. Antara yang paling ketara ialah sistem birokrasi, ekonomi dan penjuraian keturunan.” Menurut Norhalim, Inggeris telah menghapuskan kuasa dan peranan pembesar adat yang sebelumnya berfungsi dalam pentadbiran negeri. Kini yang tinggal hanyalah “gelaran” yang tidak mempunyai apa-apa makna kecuali sebagai saksi dan penasihat.

Di samping itu pengasingan adat dalam hampir semua aspek kehidupan bermasyarakat, terutama dalam zaman sains dan teknologi, IT dan globalisasi menghantui pengamal adat. Seperti katanya, “ Budaya adat tidak lagi mendarah daging dalam jiwa dan sanubari generasi muda Negeri Sembilan sekarang.”

Kemudian ada satu hal yang amat mendukacitakan Norhalim. Hal itu membabitkan sikap pemimpin adat pada suatu ketika. Berdasarkan penyelidikan awal 1980an, ramai orang tua di negeri itu berpendapat bahawa perbuatan merakamkan segala sesuatu yang berkaitan dengan adat adalah dilarang sama sekali. Ia Rakaman dianggap tabu. Malah pada tahun 1970an, ada ura-ura untuk mendokumentasikan undang-undang adat Perpatih tetapi berakhir dengan satu polemik yang berpanjangan dalam akhbar tempatan. Hari ini pun ada sesetengah pihak terutama pemimpin adat yang masih terang-terangan menentang sebarang usaha untuk “mengkanunkan” adat Perpatih. Tidak pula dinyatakan sebab-sebabnya. .

“Saya harap tidak ada siapa nak cuba tentang usaha saya menyusun istilah adat ini,” kata Norhalim. “Walaupun saya rasa apa yang saya hasilkan ini belum lengkap dan masih mempunyai kelemahan. Saya terpaksa mulakan. Kalau tak ada oragn lain berbuat apakah salah saya membuatnya?” Dalam kata Pendahuluan buku gloasari ini, Norhalim menekankan “kesedaran penyusun memberanikan diri berusaha, mencari dan mengutip istilah-istilah . Penyusun menggunakan banyak sumber, antaranya manuskrip lama (terombo)), dokumen rasmi dan tidak rasmi, buku, jurnal, majalah, akhbar dan warga berusia emas dari seluruh daerah adat di Negeri Sembilan….Sebagai usaha awal buku ini cuba merakamkan istilah, kata dan anak kalimat yang dianggap penting dalam memahami perjalanan dan fungsi adat Perpatih secara menyeluruh.”

Memang menarik menyingkap-nyingkap halaman glosari ini. Bagi mereka yang telah terbiasa dengan mainan kata-kata perbilangan adat Perpatih, gloasri ini akan menambahkan lagi pemahaman tentang konsep perbilangan, lengkap dengan contoh amalan dan fakta adat. Hampir seluruh kehidupan beradat diwakili. Ada sahaja istilah yang mewakilinya. Sebagai contoh pengertian adat itu sendiri. Norhalim memasukkan apa yang disebut “adat benar” yang bererti adat orang asli Jakun yang menjuraikan keturunan mengikut sebelah ibu. Adat ini berbaur dengan adat orang pendatang dari Sumatera (Minangkabau) lalu mewujudkan adat Perpatih. Kemudian ada pula istilah “adat nan diadatkan”. Ungkapan ini membawa erti peraturan hidup yang sengaja dibentuk oleh ketua-ketua adat sebagai perancangan untuk melaksanakan adat yang sebenarnya adat. Manakala perbilangan adat yang sebenarnya dat ini pula bermaksud peraturan yang paling awal wujud di kalangan masyarakat, berasaskan kenyataan alam, yang telah memberi pengalaman dan pengajaran kepada manusia untuk membentuk perlakuan dan jiwanya dalam memenuhi keperluan hidup sehari-hari hingga menjadi satu kelaziman. Ia juga dikenali dengan adat alam atau hukum alam.

Ada pula istilah “adat nan teradat”. Ia bermaksud satu kebiasaan yang lambat laun mentradisi dalam masyarakat yang awalnya tidak disarankan kepada keputusan dan muafakat. Adat ini longgar kerana tidak diadakan melalui satu musyawarah dan muafakat. Adat Naning diberikan keterangan yang panjang. Menurut Norhalim Adat Perpatih di Naning berbeza sedikit daripada adat Perpatih yang diamalkan di luak-luak lain di Negeri Sembilan. Sayangnya tidak pula dinyatakan apanya yang membuat kedua-dua adat itu berbeza. Amalannyakah atau konsepnyakah?

Cuma yang dijelaskan adat Naning diamalkan oleh 25 buah mukin di Alor Gajah, Nyalas dan Jasin, iaitu Ramuan Cina Besar, Ramuan Cina kecil, Sungai Baru Ulu, Masjid Tanah, Sungai Siput, Berisu, Ayer Paabas, Lendu, Sungai Buloh, Melekek, Tabuh Naning, peguh, Kelemak, Pulau Sebang, Tanjung Rimau, Padang Sebang, GadekMelaka Pindah, Rembia, Sungai petai, kemuning, Tebung, Batang Melaka, Nyalas dan Jus. Fikir- punya fikir kalau sudah 25 daerah ini mengamalkan adat Perpatih Naning, berapa daerah sahajakah lagi yang tidak termasuk wilayah adat ini? Begitu juga dengan adat Tampin, yang menurut Norhalim sejenis adat Perpatih yang diamalkan di Tampin dan sedikit berbeza dengan adat Perpatih di luak-luak lain di Negeri Sembilan. Apanya yang lain turut tidak dijelaskan dalam gloasri ini. Tanpa penjelasan lanjut istilah “adat Tampin” ini tidak membawa banyak manfaat.

Barangkali pula Norhalim menganggap keterangan ringkas itu bukan satu kelemahan. Ia mungkin satu muslihat sekedar memperkenalkan istilah adat dengan catatan bahawa yang berminat akan sabar menunggu kelahiran buku Sejarah Tampin yang sedang diusahakan Nurhalim selanjutnya. Jika demikian halnya, maka fungsi sampingan glosari ini ialah “menjadi alat menggeletek pembaca” untuk menunggu dengan sabar penerangan lanjut tentang ‘Adat Tampin” dan sebagainya. Masih ada istilah-istilah seperti “Adat Jelebu”, “Adat Sungai Ujung”, “Adat Rembau” Adat Johor” dan Adat Temenggung.”

Seperti lazimnya, kata masukan dalam glosari ini disusun mengiukut abjad. Ada pula kata masukan yang membawa keterangan lanjutan siap dengan contoh-contoh perbilangan dan disetengah tempat lengkap dengan sebutan dialek Negeri Sembilan. Dalam “Adat nan sebenar adat” misalnya, contoh perbilangan yang diberikan ialah “Biar mati anak jangan mati adat” dan “Siang menjadi tongkat, malam menjadi selimut”.

Nama-nama gelaran adat lengkap dimasukkan. Dari sekecil-kecil pemimpin adat yang bergelar “buapak” hingga sebesar-besar pemimpin adat yang bergelar “undang”. Kadang-kadang sukar membezakan apakah gelaran itu untuk suku yang mana satu. Begitu juga halnya dengan nama-nama suku. Hampir di setiap daerah atau luak, terdapat banyak persamaan nama. Contohnya setiap luak mempunyai satu suku yang disebut Biduanda, sama ada di di luak Sungai Ujung, Rembau, Jelebu mahupun Johol. Hal ini penting difahami kerana dari suku biduanda inilah terlantiknya Undang Luak, atau dulunya dipanggil penghulu adat. Istilah “biduanda” ini ditakrifkan sebagai nama salah satu suku yang dipercayai anggota-anggotanya adalah daripada keturunan orang asli tempatan. Anggota suku ini sahaja yang boleh menyandang pusaka Undang atau penghulu di semua luak adat Perpatih melainkan Luak Gunung Pasir dan Luak Teraci.

Glosari setebal 260 halaman ini turut memuatkan lampiran “Ringkasan Sosiopolitik Luak-Luak Adat Perpatih” yang dianggap bonus buat pembaca. Dalam lampiran ini disenaraikan satu-persatu nama gelaran, jawatan dan lokasi luak. Glosari diterbitkan hanya dalam edisi kulit tebal dengan harga senaskhah tidak dicatatkan. (Utusan Zaman, 28 Julai 2002)

Komen:
Amat baik bagi mereka yang meminati sistem adat yang berasal dari Minangkabau ini. Mesti dibaca dan perlu! Hubungi Perpustakaan Negeri Sembilan di Seremban atau A.F.Yassin (tel: 019-3211599) untuk mendapatkan senaskhah.

Friday, April 25, 2008

RAIS YATIM ON THE MALAY LANGUAGE


Dato' Seri Dr. Rais Yatim. (Foto Utusan 08)

Tuesday, September 12, 2006
Bahasa Melayu Nan Indah dan tinggi
Oleh Dr. Rais Yatim

...”Memang agak menghairankan, kenapakah kini, setelah negara merdeka hampir 50 tahun kita masih bergelut dengan isu pembudayaan bahasa Melayu sedangkan ia telah dipersadakan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan diaktakan di bawah Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Seharusnya bahasa Melayu sudah jadi pokok yang tumbuh tegak dan rendang. Kalau dalam bahasa bersajak ia boleh dirangkapkan sedemikian:

Kalau galah ia mencapai buah
Kalau jambatan ia membawa ke seberang
Kalau keris ia membawa tuah
Kalau biduk ia menaup kiambangBahasa Melayu sudah sepatutnya matang dan membentuk tamadun seperti mana ia berfungsi sedemikian semenjak zaman berzaman lagi. Semenjak zaman Srivijaya dalam abad ke-7 hingga ke tahun 1874 apabila Perjanjian Pangkor mula mendakap ciri-ciri pemerintahan Inggeris, bahasa Melayu telah memainkan peranan utamanya melalui semua cici kehidupan bangsa – pentadbiran, persuratan, komunikasi, perdagangan, pendidikan, hubungan diplomasi, ilmu batin dan agama, undang-undang dan lain-lain aspek amalan hidup. Sebagai contoh, semasa King John bergelut dengan the Magna Carta paada tahun 1243 Datuk Perpatih Nan Sebatang serta Datuk Temenggung di Pagar Ruyung telah lama mengamalkan kanun masyarakat yang kini dikenal sebagai adat perpatih.

Keindahan dan ketinggian bahasa Melayu dalam persuratan, kesusasteraan, misalnya, menobjol dan dihormati. Pantun, seloka, kesusasteraan, peribahasa dan gurindam menghiasi hidup. Setiap gaya bahasa biasa atau bahasa harian ada versi indahnya. Malah bahasa Melayulah yang memberi kelembutan dan tamadun tinggi kepada masyarakat Melayu di seluruh Nusantara. Ini adalah kerana bahasa Melayu pada zaman itu mempunyai dua fungsi asas: Pertama sebagai bahasa hubungan warga atau lingua franca dan kedua, sebagai bahasa ilmu. Jika mana-mana tamadun hendak berkembang maju kedua-dua cabang ini harus dikahwinkan. Jika tidak kepincangan akan berlaku lantaran setiap perlakuan manusia ada gunanya. Misalnya, apa gunanya berbahasa Melayu secara tersusun dan tinggi tatacaranya jika bahasa Inggeris sudah mengisi tuntutan ilmu dan utiliti hubungan?

Sebagai perbandingan, kini bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai bahasa hubungan warga dan bahasa untuk lulus peperiksaan – itu pun dalam konteks amalan yang amat terhad. Dalam lain pengertian, bahasa Melayu hanya dipakai secara ikut suka – yakni jika suka dipakai, bila tak suka tak dipakai. Ini terjadi dalam mesyuarat-mesyuarat rasmi, perbualan dan hubungan sosial.

Sektor swasta kini langsung tidak lagi menggunakan bahasa Melayu. Dari mesyuarat hingga ke surat-menyurat, bahasa Inggeris sudah mengambil a;ih tempat bahasa Melayu; dalam urusan perbankan, insurans, perkapalan, komunikasi elektronik kesemuanya sudah mencairkan bahasa Melayu. Malah sebahagian pihak swasta menulis dalam bahasa Inggeris bila berurusan dengan beberapa jabatan kerajaan. Malah ada pelakon muda yang tanpa silu-silu mengumumkan kepada khalayak bahawa beliau berbunyi bodoh jika bercakap dalam bahasa Melayu – I sound stupid when I speak Malay. Cuma di dewan-dewan legislatif seperti di Parlimen bahasa Melayu itu masih dipakai sebagai bahasa wajib. Dalam situasi beginilah isu berkaitan pembudayaan bahasa Melayu itu relevan kepada kita di saat ini.

Entahkan buaya entahkan katak
Entahkan berjaya entahkan tidak.

Beberapa tahun lalu, khususnya selepas 2002 apabila bahasa Melayu tidak lagi diwajibkan sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran matematik dan Sains, tidak ramai pihak atau pemimpin yang berani membincangkan isu-isu yang berkaitan bahasa Melayu secara terbuka. Lantaran pada masa itu bukan menjadi satu perbuatan yang popular untuk berbincang tentang kedudukan bahasa ibunda ini. Yang ditonjolkan habis-habisan ketika itu seperti kini ialah bagaimana bahasa Inggeris perlu dikuasai habis-habisan sehingga tampak bahasa ibunda kita seolah-olah mengekor di belakang. Tapi saya terus memberanikan diri untuk menganjurkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang serba-serbi berkemampuan. Barang jangan dilupai, melalui bahasa penjajahan yang paling berkesan boleh dilakukan. Pada pandangan saya ini sudah pun dilakukan dan bangsa Melayu kini, mungkin lantaran kurang cermat menyusun strategi dan misi sudah pun ditinggalkan identiti budaya mereka sendiri. (Petikan ucapan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ketika merasmikan Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu, anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Putera Malaysia di DBP, 7 September 2006 baru-baru ini.) Ends.

TAN SRI MOHD. RASHDAN BABA


Kediaman Tan Sri Mohd. Rashdan Baba di Bukit tunku, Taman Duta, Kuala Lumpur, 2007

Tan Sri Rashdan Baba (foto 2007)

TOKOH: Mohd. Rashdan bin Baba, Tan Sri

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 31 Oktober, 1935 - di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Kota, Negeri Sembilan.(2). Government English School, Tampn, Negeri Sembilan. (3). Kolej Pertanian Serdang, Selangor dengan kelulusan Diploma.(4). University of Reading, United Kingdom dn lulus ijazah Sarjana Muda Sains. (5). University of Leeds, United Kigdom dan lulus ijazah Doktor Falsafah , 1964.

KERJAYA: (1). Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian, Seremban, Negeri Sembilan, 1957. (2). Penolong Pensyarah di kolej Pertanian Serdang, selangor.(3). Agronomis di Jabatan Pertanian, Seremban, Negeri Sembilan, 1964.(4). Pengetua, Kolej Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor, 1965 – 1969.(5). Naib-Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Bangi, selangor, 1969 – 1971.(6). Nib-Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 1972 – 1982.(7). Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Sdn. Bhd., 1982 – 1987.(8). Pengerusi Eksekutif Telekom Malaysia Berhad, 1987 - .

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1987.(2). Dilantik Pengerusi Telecommunication Development Advisory Board , Geneva sejak 1993.(3). Dilantik Presiden Asian Association of Agricultural Colleges and Universities, 1978 – 1980.(4). Dilantik Pengerusi Scientific Council of the Scientific Research and Development and Agricultural Science Committee, 1975 – 1979. (5). Dilantik Ahli Lembaga Pengarah RISDA 1972 – 1983.(6). Dilantik Presiden Harvard Busines School Alumni Club Malaysia, 1983 – 1984.(7). Dilantik ahli Majlis Penasihat Regional Cooperation in Education in Asia and the Pacific (UNESCO), 1979 – 1982.(8). Dilantik ahli Lembaga Pengarah Bank Pertanian Malaysia, 1970 – 1989.(9). Dilantik ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Abdul Razak, 1972 – 1989.

INOVASI: (1). Ketika bertuga sebagai Naib-Canselor UKM (1969 – 1971), Tan Sri Rashdan mengambil inisiatif menyelesaikan masalah tenaga pengajar yang kurang mahir dalam bahasa Melayu, terutama dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Perubatan dan Teknologi. Beliau mendapatkan pensyarah-pensyarah kontrak dari universiti-universiti di indonesia dalam bidang-bidang ini, seperti Insttut Teknologi Bandung (ITB), Institut Pertanian Bogor (IPB), Universitas Indonesia (UI), Universitas Gajah Mada di Jokjakarta dan Universitas Airlangga di Surabaya. (2).Beliau juga mengambil inisiatif mengimport buku-buku bahasa Indonesia dalam bidang sains, perubatan dan kejuruteran dari negera jiran itu untuk kegunaan mahasiswa dan tenaga pengajar. Baginya, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu tidak banyak bezanya. (3). Ketika memimpin Guthrie dan Telekom beliau seboleh mungkin memint mesyuarat dalaman diadakan dalam bahasa Melayu.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 1982.(2). Menerima ijazah kehormat Doktor Sains dari University of Reading, Unied Kingdom, 1986.(3). Menerima ijazah kehormat Doktor Undang-Undang dari Univrsity of Leeds, United Kingdom, 1989.(4). Anugerah bintang kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM), 1969(5). Anugerah pingat pekerti Terpilih Negeri Sembilan, 1970.(6). Anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), 1974.(7). Anugerah bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS), 1972.(8). Anugerah bintang kebesaran Darjah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 1991

TUAN GURU HAJI IBRAHIM REMBAU

Tokoh Ulama Tuan Guru Ibrahim Dahan, Negeri Sembilan.



Sekolah pondok Tuan Guru Fuad Kamaruddin, anak murid Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau di Bukit sembilan, Chengkau, Negeri Sembilan yang bakal menjadi Kampus Al-Azhar Cawangan Malaysia tidak lama lgi.



TOKOH: Ibrahim Bin Haji Muhammad Dahan Bin Hassani, Haji. Juga dikenali dengan Tuan Guru Haji Ibrahim Rembau,

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1907, di Kampung Seri Lemak, Rembau, Negeri Sembilan. Mennggal dunia pada 3 Ogos 1997.

PENDIDIKAN : (1) Sekolah Melayu Salak Nama, Rembau, Negeri Sembilan, 1916 – 1922. (2). Sekolah Arab al-Ahmadiah, Alor Setar, Kedah, 1925 – 1930. (3). Belajar Ilmu Falak dengan Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidek Syeikh Islamiah, Kedah pada masa yang sama (1925 – 1930). (4). Melanjutkan pengajian agama di Makkah bagi mendalami Ilmu Fikah, Tauhid dan Hadis. (5). Melanjutkan pengajian di sebuah pusat pengajian di Kota Bahru, Kelantan selama empat tahun. Beliau bersanad kepada Tok Kenali dan Haji Umar Sungai Keladi tentang ilmu nahu, Ilmu Syaraf, ilmu Falak dan Ilmu Arabiyah. (6). Bersanad juga kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.

KERJAYA: (1). Guru sekolah pondok di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1935. (2). Guru madrasah di Madrasah Islamiah Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1946. (3). Guru Agama, Sekolah Menengah Undang Rembau, Negeri Sembilan, 1962 – 1968. (4). Penguatkuasa Zakat Fitrah Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, 1969. (5). Penceramah Bebas, mengajar di surau dan masjid di Tampin, Johol, Gemas dan Rembau, Negeri Smbilan, 1970 – 1997.

PENCAPAIAN: (1). Menubuhkan Madrasah al - Islamiah Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, 1946 dengan mengadakan majlis ikhtifal diadakan setiap tahun hingga tahun 1959, (2). Sepanjang tempoh pendidikan agamanya, beliau mendapatkan ilmu keagamaan daripada ramai ulama tanah air pada zamannya. Antara guru agama dan ulama yang mendidiknya termasuklah Tuan Guru Mumkin Dhahir Bin Darus (al-Quran), Tuan Haji Muhamad Haji Mustafi (Ilmu Tajuid), Tuan Guru Haji Mustaffa Haji Mahmud (Bahasa Arab), Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidek Syeikh Islmiah, Kedah (ilmu Falak), Tuk Kenali, Kelantan (Ilmu Nahu, Ilmu Syaraf dan ilmu Arabiyah seperti Tasauf, Kerohanian dan Perubatan), (3). Bukunya Nur al-Aulad yang diterbitkan pada tahun 1939 telah dicetak ulang sebanyak enam kali, iaitu pada tahun 1949, 1952, 1963, 1975, 1989 dan 1991. (4). Meningkatkan taraf Madrasah Al-Islamiyah yang ditubuhkannya pada tahun 1946 kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim pada tahun 1957.

INOVASI: (1) Seorang “murobbi” atau mursyid yang mencadangkan pendidikan yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran dan diri peribadi serta ketaatan beribadah. (2). Memimpin anak-ank didikannya supaya memperkerapkan amalan solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha, manakala memperkerap amalan sholat fardhu berjemaah. (3) Mewakafkan tanahnya untuk membina madrasah al-Islamiyah dengan sistem pendidikan agamanya dinaik taraf mengikuti sistem pendidikan sekolah rendah agama rakyat (4) Menyemarakkan semangat dan meningkatkan inspirasi rakan-rakan sepengajiannya dalam usaha menyebarluaskan ilmu keagamaan ke seluruh pelusuk tanah air. Antara rakan-rakan sepengajiannya termasuklah Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang, Melaka, Haji Abdul Ghani pondok Pasir Mas, Kelantan, Tuan Guru Haji Abd. Aziz Ibrahim dari Pendang, kedah, Tuan Haji Salleh Kemboja, Tuan Kadi Haji Mohd. Yatim Zainal Abidin dan penceramah bebas Tuan Haji Yassin Zainal Abidin, (dua adik-beradik), yang bersama dua yang lain, Haji harun bin Haji Lassim dan Lebai Hitam bin Ali, mengasaskan penubuhan Madraasah Ulu Gadong ( kini dinamakan Sekolah Agama Haji Mohd. Yatim Ulu Gadong), Kota, Negeri Sembilan.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Nur al Aulad, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1939. (2). Taqwim Sholat bagi kawasan Negeri Sembilan, Selangor dn Melaka, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1954. (3). Shalah al Ghilman fi ‘Ibadah ar-Rahman, oleh Ibrahim Muhammad dahan, 1976. (4). Risalah Kecil mengandungi doa, waktu sholat dan arah Qiblat, oleh Ibrahim Muhammad Dahan, 1976. (5). Risalah mengerjakan Haji dan Umrah serta Teks khutbah Jumaat dan Hari Raya, oleh Ibrahim Muhammad Dahan. 1976.

ANUGERAH/GELARAN: Tidak ada
.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.