Buku Negeri Yang Sembilan karya Norhalim Ibrahim yang diterbitkan pada tahun 1995.
Dalam Bibliografi buku Negeri Yang Sembilan karangan Norhalim Hj.Ibrahim (Allahyarham), terbitan Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam, 1995 ada ditulis nama Cikgu Abas Ali dan Abdullah Dahan. Cikgu Abas adalah penterjemah buku Rembau: Sejarah Perkembangan Adat dan Istiadatnya, terbitan Jabatan Undang dan Perlembagaan Adat dan Istiadat Melayu Rembau, 1953, tetapi ada bahagian terjemhannya dipertikaikan ketepatannya oleh Dato' Undang Rembau, Haji Abdullah Dahan dalam satu memorandumnya memperbiki kekeliruan itu..
Abas Ali menterjemahkan buku sejarah ini daripada versi asalnya dalam bahasa Inggeris berjudul Parr, C.W.C, and Mackray, W.H. Rembau, One of the Nine States: Its History, Constitution and Customs; in JSBRAS,56:1-57, 1910.
Abas Ali adalah seorang guru bertauliah dan pernah berkhidmat di Sekolah King George Ke-V (KGV), Seremban. Beliau berasal dari Chengkau dan berkahwin dengan seorang wanita di Kampong Gadong daripada suku Biduanda Lela Maharaja. Salah seorang daripada anak pasangan ini ialah Dato' Kamarul Baharin Bin Abas, kini Ahli Parlimen Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Yang dipertikaikan ialah tentang perkataan Brother Chiefs dan joint leaders yang ditulis Parr dan Mackray. Norhalim berpendapat "Abas Hj. Ali semasa menterjemahkan karya Parr dan Mackray telah membuat kesilapan fakta, yang mungkin disengajakan atau mungkin tidak (Lihat halaman 64 Negeri Yang Sembilan). Antara Cikgu Abas dan Dato' Undang Abdullah terdapat kekeliruan terjemahan yang mungkin boleh memesongkan ketepatan dalam makna.
Dua kekeliruan dapat dikesan. Pertama berkaitan dengan masa pembukaan dua kampung , iaitu Kota dan Padang Lekok dan kedua tentang konsep brother chiefs.
Abdullah dalam terjemahannya menggunakn perkataan chief sebagai ketuaan dan brother sebagai saudara. Mnakala Abas langsung menghilngkan dua perkataan brother chiefs dan menggntikannya dengan perkataan saudaranya sahaja.
Terjemhan yang mengelirukn ini telah terus-menerus digunakan oleh penyelidik yang lain seperti Tan Sri Abdul Samad Idris yang menyatakan bahawa Datuk Laut Dalam itu adik kepada Datuk Lela Balang bagi brother chiefs (Lihat kalimat asal dripada Parr and Mackray:: Sailing up the Rembau River, the earliest band of immigrants planted two settlements in the low country at Kota under Tuk Lela Balang and Padang Lekok under his brother chief, Tuk Laut Dalam.
Ini hanyalah dua contoh bagaimana penterjemahan hasil sejarah zaman lalu boleh mengelirukan dan kurang tepat. Tugas ahli sejarah hari ini adalh memastikan penterjemah sekarang memiliki ketrampilan yang lebih canggih supaya hasil terjemahan lebih tepat dan mengelakkan kekeliruan Apapun jua, jasa Cikgu Abas dan Dato' Undang Abdullah Dahan, seperti yang diungkapkan Norhlim Ibrahim dalam Negeri Yang Sembilan itu tetap amat bermakna dalam kita mengenali sejarah bangsa kita.
.
No comments:
Post a Comment