Friday, March 27, 2009

KHAIRY KETUA PEMUDA DAN SHAZIMAN AHLI MT UMNO 2008 - 2011


Penduduk Gadong gembira mendapat khabar Khairy menang Pemuda UMNO (Skrap Utusan Malaysia, 27 Mac 09)


YB Khaity Jamauddin kini Ketua Pemuda UMNO yang baru.

Penduduk Gadong gembira
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my
REMBAU 26 Mac - Penduduk di sekitar tempat Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih, Khairy Jamaluddin dibesarkan di Kampung Gadong di sini, gembira di atas pemilihannya sebagai peneraju sayap kanan parti berkenaan.

Kata mereka, Ahli Parlimen Rembau itu boleh menjadi pemimpin dengan lebih baik sekali gus berupaya memenangi hati generasi muda sesuai dengan semangat setiakawan yang diuar-uarkannya sebelum ini.
Pada pemilihan UMNO semalam, Khairy diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru selepas menewaskan dua lagi calon iaitu Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Seorang peniaga, Mariam Nordin, 59, berkata, beliau bangga di atas kemenangan Khairy dan berharap Ketua Pemuda UMNO itu dapat memperkukuhkan lagi barisan UMNO khususnya dalam kalangan generasi muda.

''Dia (Khairy) orang muda. Dengan kepimpinan yang ada, saya yakin Khairy boleh membawa perubahan untuk memimpin generasi muda.
''Jika ikutkan corak yang ada sekarang ini, dia boleh memperkuatkan lagi barisan Pemuda dalam Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jelas Mariam, kemenangan Khairy itu diharapkan berupaya membawa kemajuan kepada penduduk sekitar, malah menggembleng Pemuda UMNO secara adil dan telus.
Dalam pada itu, seorang penduduk, Mohd. Safri Ahmad, 34, memberitahu, sebagai anak tempatan di kawasan ini, beliau berasa bangga kerana lahirnya seorang pemimpin muda dari tempat mereka.

''Saya berharap agar dia (Khairy) mampu untuk mengotakan segala janji yang ditaburkan khususnya menggalakkan perpaduan di dalam parti.
''Apa yang lebih penting, Khairy perlu bersikap adil, terbuka dan mengamalkan sikap setiakawan di bawah kepimpinannya seperti yang dikatakannya sekali gus akan membuatkan beliau disenangi rakyat," ujar Mohd Safri.

Seorang lagi penduduk, Nudi Ismail, 32, berkata, beliau mengalu-alukan kemenangan Khairy dan berharap pemimpin muda itu dapat membantu nasib usahawan muda yang mahu menerokai bidang perniagaan.

''Kadang-kala golongan muda yang minat menjadi usahawan masih kurang berpengalaman, jadi dengan adanya pemimpin muda seperti Khairy dapat membantu program melahirkan usahawan muda oleh kerajaan," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, pekerja swasta, Hussain Hamzah, 27, berkata, Khairy sebagai peneraju utama sayap kanan UMNO perlu bekerja keras selepas ini dan menyakinkan generasi muda dalam menarik minat untuk menyertai Pemuda UMNO.

''Beliau (Khairy) perlu menyakinkan golongan muda untuk menyertai UMNO. Ini parti yang akan menentukan nasib orang Melayu. Golongan muda yang radikal perlu diyakinkan untuk mengukuhkan semula parti ini," jelas beliau.

Tambah Hussain, usaha yang perlu dilakukan oleh Khairy selepas ini ialah prihatin dalam menyelesaikan kemelut dan masalah yang dihadapi rakyat selain membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin muda yang disegani dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu. (Petikan Utusan Malaysia Online, 27 mac 09)

Komen:
Sudah semestinya penduduk Kampung Gadong bergembira kerana anak jatinya, Khairy jamaluddn, walaupun beribukan orang Kedah adalah daripada keluarga yang dihormati. Datuknya, Abu Bakar, iaitu ayah kepada Jamaluddin adalah bekas penghulu Mukim sejak zaman penjajahan lagi. Penduduk pastinya bersyukur kerana Khairy sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering sahaja berada di kawasan Parlimennya,Rembau, khususnya di Kg. Gadong. Dan sudah semestinya juga setiap kali pulang ke kampung, Khairy akan menemui sepupunya, Datuk Shaziman Abu Mansor, yang juga Ahli Parlimen Tampin, jika beliau berada di kawasannya di Tampin.

Kadang-kadang terfikir pula bagaimana sejarah moden hari ini menemukan semula dua wilayah - Rembau dan Tampin - daripada sudut hubungan keluarga dua tokoh. Dahulunya dua wilyah ini satu dengan nama Rembau, kemudian diwujudkan Tampin dalam Rembau ketika penjajah Inggeris campur tangan dan meindunginya. Kini kedua-dua Rembau dan Tampin seperti bersatu dalam satu rumpun keluarga "Penghulu Abu Bakar". Jamaluddin, bapa Khairy dan Abu Mansor, bapa Shaziman, adalah dua beradik seibu sebapa.

Tahniah kepada Khairy yang kini Ketua Pemuda UMNO dan tahniah juga kepada Shaziman yang berjaya terpilih untuk menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO! Mudah-mudahan penduduk Kg. Gadong akan beroleh "berkat" daripada kemenangan dua bersepupu ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.