Wednesday, December 17, 2008

DULU JIBREIL ALI SEKARANG TIMUR ABDULLAH

Nori selamat lahirkan anak kedua, Timor Abdullah
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini mendapat cahaya mata kedua yang dinamakan Timor Abdullah, suatu nama yang dipetik daripada nama seorang pahlawan Uzbekistan, Amir Temur, pada Zaman Pertengahan.

Isteri Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, Nori Abdullah, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada pukul 4.15 petang di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut melawat anak perempuannya itu di PMC dan gembira dengan kelahiran cucu keenam beliau.

Anak sulung Abdullah, Datuk Kamaluddin Abdullah dan isterinya Datin Azreen mempunyai empat orang anak.

Khairy dan Nori mendapat anak pertama mereka, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar pada 13 September tahun lepas. (Utusan Malaysia online 17 Disember 08)

Komen:
Tahniah! Selamat menimang anak kedua YB!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.