Saturday, December 20, 2008

ADAT BERPOLITIK MEMANG BEGITU YB!

Jangan hanya tuduh - Khairy

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar pihak yang menuduhnya mengamalkan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi itu Mac depan supaya tampil mengemukakan bukti.

Beliau berkata, tindakan pihak terbabit melemparkan tuduhan semata-mata terutama menerusi blog di Internet hanya menjejaskan imejnya selaku salah seorang calon bagi jawatan berkenaan.

"Semua ini dakwaan sahaja, kalau ada bukti, sila kemukakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penulisan dalam beberapa blog menuduh beliau sebagai antara calon yang mengamalkan politik wang untuk menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang kurang senang dengan tuduhan itu berkata, sehingga hari ini, semua yang dikatakan hanya fitnah.

Katanya, jika sekadar mendengar dakwaan mengenai amalan politik wang berlaku tanpa bukti, beliau juga ada mendengar perkara yang sama melibatkan pihak lain.(Utusan Malaysia Online, 20 Disember 2008)

Komen:
Biasalah itu YB. Memang telah menjadi asam garam dalam kehidupan politik. YB masih baru dalam politik dan ini baru tuduhan dan dakwaan yang mungkin hanya untuk menguji ketabahan dan "temperament" YB dalam politik UMNO. Apatah lagi YB kan menantu Perdana Menteri.

Kami pun sudah mengagak siapa antara orangnya yang mendakwa YB menggunakan politik wang. Yang penting YB kenalah belajar banyak, menjadi pemerhati yang baik dan juga sambil itu menjadi pendengar yang baik. Kemudian hati akar umbi hendaklah dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Sejarah menunjukkan dan berkali-kali diulangi bahawa benih yang baik itu kalau jatuh ke laut menjadi pulau, kalau jatuh di darat menjadi....Hanya pengalamanlah yang mengajar YB untuk menjadi lebih matang.Kalau boleh sebagai anak Negeri sembilan adat orang negeri jangan dipinggirkan.Ertinya elakkanlah daripada melakukan dakwaan yang sama terhadap orang lain, walaupun dengan pesaing-esaing sendiri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.