Sunday, November 9, 2008

KHAIRY DICALONKAN DI REMBAU UNTUK KETUA PEMUDA



YB Khairy Jamaluddin dicalonkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Rembau Calonkan Khairy
Oleh Hussain Said
bhnews@bharian.com.my
REMBAU: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan pencalonan yang diterimanya daripada Pemuda Rembau pada mesyuarat pergerakan bahagian itu, semalam sebagai pelengkap kempennya untuk bertanding merebut jawatan tertinggi pergerakan berkenaan.

"Pencalonan saya untuk bertanding Ketua Pemuda tidak akan sempurna dan lengkap jika tidak dapat sokongan Rembau. Ini (mendapat pencalonan) adalah maruah saya," kata Ketua Pemuda bahagian itu sambil berterima kasih kepada perwakilan yang sebulat suara menyokong pencalonan berkenaan.

Bercakap selepas majlis perasmian mesyuarat berkenaan oleh Ketua Umno bahagian, Datuk Seri Mohamad Hasan, di Dewan Merdeka, di sini, beliau berharap mendapat sokongan pada pemilihan parti, Mac depan dan menyifatkan kemenangan jika dicapai, bukan milik peribadi sebaliknya kemenangan kepada Pemuda bahagian terbabit. (Berita Minggu, 9 November 2008)

Komen:
Lumrahlah, di Bahagian sendiri tentulah Khairy dicalonkan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Khairy adalah Yang berhormat mewakili Bahagian Rembau. Harap apa yang dikatakan Khairy bahawa "jika menang nanti ia bukan milik peribadi tetapi Bahagian" betul-betul datangnya daripada hati yang ikhlas dan jujur.Bagi sesetangah orang, harapan seperti ini telah menjadi satu cliche' lapuk parti politik, terutama menjelang pemilihan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.