Monday, July 26, 2010

MENUNGGU SUMBANGAN GENERASI MUDA ADAT

Lama juga rasanya tidak menjenguk blog ini. Sebabnya tidak ada yang baru mahu dipamer atau dimaklumkan. Malah kegiatan adat di Rembau, khususnya sepi sahaja. Tokoh-tokoh yang menulis dan meminati adat pun sepi, malah ada yang telah meninggalkan kita. Contohnya Allahyarham Norhalim Ibrahim yang menulis buku Negeri Yang Sembilan dan Sejarah Linggi telah lama menemui Maha Pencipta. Begitu juga dengan Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris, Dharmawijaya, Dharmala NS, Yeop Johari Yaakob, Agus Salim dan Ismala.

Tokoh-tokoh yang baru muncul banyak yang mula mencari nama, antara yang menampakkan bakat adik kepada Allahyarham Norhalim sendiri, iaitu Cikgu Norzali Ibrahim dan seorang lagi yang berasal dari Tanah Datar, Cengkau (minta maaf lupa nama). Harap golongan muda ini akan meneruskan perjuangan menggali dan memaklumkan kepada orang ramai, khususnya adat Negeri Sembilan ini hasil galian mereka untuk tatapan umum.

Kita tak perlu biarkan kegiatan adat ini semata-mata kepada orang politik, terutama yang menyangkut sumbangan kewangan. Kalau mereka menawarkan khidmat menambah khazanah adat kita baguslah tetapi oleh kerana mereka punya agenda lain, sebarang pendekatan mereka perlu dilihat sebagai ganjaran tambahan sahaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.