DAP jangan ungkit lagi’
Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) memberi amaran tegas kepada DAP supaya tidak lagi mengungkit soal ketuanan Melayu kerana jika ia diteruskan parti itu akan mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu.
Presidennya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, orang Melayu sejak dulu lagi tidak pernah menyentuh soal perkauman, apatah lagi menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan kaum lain.
Sehubungan itu, tegasnya, sekiranya terdapat orang Melayu di dalam pakatan pembangkang yang turut menyokong tindakan para pemimpin DAP itu, PPPMM percaya orang Melayu akan terus mengutuk dan menentang mereka.
‘‘Kalau ada orang Melayu yang sokong DAP seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, mereka itu orang yang bodoh, tidak ada akal lagi, sudah lupa daratan dan meletakkan otak di kepala lutut. Adakah mereka juga dah jadi bingung seperti pemimpin DAP?
‘‘Ini perkara berat (serius), DAP kena ingat, orang Melayu yang buka tanah Melayu ini. Maka, jangan sentuh kita, kalau dia sentuh lagi dan ada perkara yang tak diingini berlaku DAP yang harus dipersalahkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan DAP yang terus mempersoalkan perihal ketuanan Melayu dan bertegas akan terus membangkitkan dasar itu yang disifatkan tidak adil untuk bangsa-bangsa lain.
Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang menegaskan perkara itu berkata, tindakan tersebut terus dilakukan kerana bimbang tentang masa depan hubungan antara kaum di negara ini.
Kamarudin menambah, sepatutnya ahli-ahli DAP yang merupakan anak kelahiran Malaysia dan memperjuangkan nasib rakyat tidak tergamak untuk menyuarakan soal itu.
‘‘Kita semua sudah lama tinggal secara berbilang kaum dan bertoleransi sesama kita, tetapi kenapa masih berdegil menimbulkan soal sensitif itu,’’ katanya. (Petikan Utusan Malaysia 9 Dis. 09)
Komen:
PPPMM mahu agar DAP melihat sejarah Malaysia. Sebik-baiknya janganlah ungkit benda-benda yang sensitif yang boleh menegangkan hubungan kaum di negara ini. Akhirnya tidak ada siapa yang beroleh manfaat daripada masalah ungkit-mengungkit ini.
Eloklah jadikan sempada bagi perkara yang tidak baik dan jadikan tauladan kepada perkara yang baik.
Sekadar mengingatkan saja!
No comments:
Post a Comment