Papers on Negeri Sembilan History: Notes on Rembau and Naning - A glimpse into the life - the past, the present and the future - of Negeri Sembilan dwellers, particularly Rembau and Naning, the cradle of Adat Perpateh culture.
Tuesday, June 24, 2008
ANTARA PERUBAHAN DAN DEMOKRASI DALAM UMNO
Pemuda UMNO dalam perjuangan yang belum selesai. Perlukah ia digugat oleh agenda peribadi?
Yang terbaik akan menang - Khairy
KUALA LUMPUR 23 Jun - "Saya pasti yang terbaik akan menang." Demikian komen Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai hasrat Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Azman Mohd. Sah, mahu mencabar beliau pada pemilihan parti Disember ini.
Azman, 37, akan mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau.
Khairy berkata, keputusan Azman yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut menunjukkan UMNO mengamalkan demokrasi.
"Saya tak takut dicabar... ini politik dan dalam UMNO kita amalkan demokrasi. Kita tengoklah dalam pemilihan nanti siapa menang siapa kalah," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu diminta mengulas mengenai keputusan Azman yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Seliau, Rantau, Negeri Sembilan menawarkan diri untuk mencabar Khairy bagi jawatan yang kini disandang Ahli Parlimen Rembau itu.
Azman dalam laporan akhbar semalam berkata, keputusannya itu diambil atas hasrat ingin membawa angin perubahan dan memupuk perpaduan yang telah lama ditunggu-tunggu oleh ahli pergerakan bahagian itu.
Katanya, beliau yakin akan menerima sekurang-kurangnya 28 pencalonan bagi melayakkan diri bertanding menentang Khairy.
Mengenai dakwaan Azman bahawa sebahagian besar ahli Pemuda UMNO bahagian itu berpandangan kepimpinan sedia ada dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja serta gagal membawa perubahan yang diharapkan, Khairy berkata:
"Itu pendapat dia, ada ramai lagi yang tidak sependapat dengan dia." (Petikan Utusan Malaysia, 24 Jun 2008)
Komen:
Azmah Mohd. Sah dari Kg. Seliau, Rantau dan Khairy dari Kg. Gadong, Kota. Kalau tak silap Menteri Besar Dato' Seri Mohamad Hassan adalah juga dari Rantau. Sudah dengar cakap-cakap istilah proksi digunakan. Apakah Azman proksi MB? Dengar cerita juga hubungan Mohamad Hassan dengan Khairy "baik sokmo". Namun dalam politik demikianlah adatnya. Meti baik sentiasa. Bukankah mereka bertiga - Mohamad Hassan, Khairy dan Azman - baik dalam politik, apatah lagi baik ecara peribadi.
Yang membezakan nanti ialah pendekatan perjuangqan. Azman yang nak lawan "toke" mahukan angin perubahan dalam Pemuda UMNO Negeri Sembilan. Khairy pula belum menunjukkan sikap dan mungkin akan mengekalkan status-quonya dengan menekankan memantapkan parti setelah "jatuh mempulun" dilanda tsunami politik dalam pilihanraya umum lepas.
Di pihak Azman khabarnya lebih 30 Cawangan UMNO di Rembau mahu beliau bertanding. Dan beliau perlukan minimum 28 pencalonan untuk membolehkannya mencabar Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan. Jumlah cawangan di Bahagian itu melebihi 130.
Cuma, di saat UMNO tengah memperkuat kedudukan dan perlukan bantuan setiap ahlinya belum ada tanda-tanda konkrit para pemimpinnya baik kecil mahupun bear dari peringkat cawangan mahupun peringkat bahagian dan naional mahu mengenepikan kepentingan peribadi. Maksudnya tujuan masuk UMNO mahukan jawatan bukan mahu membela rakyat. Atau membela rakyat hanyalah atu slogan yang diperalat untuk mengejar cita-cita dan agenda peribadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment