Saturday, December 18, 2010

BILA LAGI KJ NAK MASUK SUKU...

Kalau ikut cerita orang Gadong, YB Khairy Jamaluddin, wakil rakyat kawasan Parlimen Rembau, bukan anak tempatan, atau tepatnya anak Kampung Gadong. Setidak-tidaknya ini pendapat orang tua-tua di daerah itu. Dan dari segi adatnya begitulah. Mengikut susu galur sebelah ibu Khairy dianggap orang Kedah kerana ibunya dari Kedah. Kalau ikut susur galur sebelah ayah, memang Khairy orang Rembau.

Adat Temenggung pun kata begitu. Tetapi Rembau mengamalkan sitem Adat Perpatih, ikut garisan sebelah ibu (matrilineal). Oleh kerana emak Khairy orang luar , maka Khairy pun dinggap orag luar menurut adat. Dan jadi Khairy belum masuk suku.
Kalau ikut adat Temenggung, bapa Khairy, Jamaluddin adalah dari suku Tanah Datar, Gadong. Jamaluddin adalah anak Haji Abu Bakar, penghulu terkenal di Mukim Gadong. salah satu daripada 12 suku di Rembau. Oleh kerana adat Temenggung tidak diamalkan di Rembau maka Khairy tak masuk mana-mana suku.

Ada juga yang tertanya-tanya mengapa Khairy yan mengaku anak Gadong itu tak masuk suku. Kn lebih baik kalau dirasmikan masuk suku melalui pengkadiman. Maksudnya Khairy boleh adakan majlis mengkadimkan ke mana suku-suku, terutama ke suku bapana. Itu pebih praktikal kerana mak-mak saudaranya semuanya dari suku Biduanda Gadong. Adat perpatih tidak memberikan Khairy hak untuk masuk suku selagi belum dikadimkan.
Jika ini boleh dilakukan maka Khairy bolehlah dianggap sudah masuk suku.Apabila dah masuk suku Khairy ia bererti Khairy telah sedarah dengan sepupunya, Dato’ Shaziman Mansor. Ahli Parlimen Kawasan Tampin. Dan secara tak langun berhubung keluarga dengan seorang lagi anggota Parlimen Kawasan Telok Kemang, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas.

Bapa Shaziman abang tua kepada bapa Khairy, Jamaluddin. manakala emak Kamarul Bahrin adalah anak saudara Haji Zainal Abidin. Zainal Abidin, bapa saudara emak Shaziman.Oleh itu YB bertiga ini mempunyai pertalian darah dan dikatakan masih berhubung rapat.

Lebih menarik apabila hubungan kekeluargaan ini dikaitkan dengan kerjaya bapa dan datuk masing-masing. Menurut orang Gadong, Bapa Khairy anak penghulu, bapa Shaziman orang Kereta Tanah Melayu, manakala bapa Kamarul Bahrin guru sekolah menengah King George Ke-V di Seremban. Cikgu Abbas Ali, bapa Kamarul Bahrin ini orang terkenal di Rembau, kerana beliaulah yang menterjemahkan artikel “Rembau, One of the Nine States: Its History, Constitutions and Customs.” Ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1953. Artikel oleh C.W.C Parr dan W.H. Mackray ini tersiar dalam JSBRAS, 56 tahun 1910.

Cuma kadang-kadang ada orang Rembau, khusunya orang Gadong menganggap Khairy orang Kedah, Shaziman orang Perak (Ipoh) dan Kamarul Bahrin orang Seremban. Tapi ya tak ya juga, bukankah semua kita ini orang Malaysia? Apapun eloklah kata orang Gadong Khairy itu masuk suku…

Thursday, September 23, 2010

KJ: ALAHAI ANAK OMAK, KOSIAN ESE LIHAT EKAU JANG!

Kasihan Khairy Jamaluddin, YB dari Rembau ini. Sudahlah tidak dapat kerjasama daripada sesetengah pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya, beliau seperti dianaktirikan sejak memenangi pemilihan sebagai Ketua Pemuda sayap UMNO tahun 2008. Hanya kerana berjaya menumbangkan calon pilihan yang kebetulan anak kepada seorang mantan perdana menteri yang kini bergelar Tun.Dalam keadaan UMNO dan BN tenat sekarang masih belum ada sikap mahu berbaik-baik dalam kalangan orang UMNO dan para pemimpinnya.

Sikap ini nampaknya lebih parah lagi berbanding sikap mereka bermusuh dengan parti-parti pembangkang. Dalam budaya UMNO yang sedang mentradisi sekarang yang kalah boleh dilantik jadi tmbalan menteri. Orang di bawah ketua pun boleh dilantik timbalan menteri, tapi ketua sendiri tidak boleh. Hebat-hebat!

Apa sahaja yang dilakukan YB dari Rembau ini dalam usahanya mencari perdamaian seperti tidak diendahkan. Malah usaha itu bagaikan dikaitkan dengan agenda pembangkang. Inilah padahnya jika bak kata pepatah orang tua,"Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga." Atau sememangna YB dari Rembau ini kailnya terlalu pendek sehingga sungai pun tak dapat digapainya. Dan di satu pihak yang lain. Dalam UMNO, pemimpinnya tidak mengamalkan konsep demokrasi apabila tidak dapat menerima konsep "majority rules."

Alahai anak OMAK!

Monday, July 26, 2010

MENUNGGU SUMBANGAN GENERASI MUDA ADAT

Lama juga rasanya tidak menjenguk blog ini. Sebabnya tidak ada yang baru mahu dipamer atau dimaklumkan. Malah kegiatan adat di Rembau, khususnya sepi sahaja. Tokoh-tokoh yang menulis dan meminati adat pun sepi, malah ada yang telah meninggalkan kita. Contohnya Allahyarham Norhalim Ibrahim yang menulis buku Negeri Yang Sembilan dan Sejarah Linggi telah lama menemui Maha Pencipta. Begitu juga dengan Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris, Dharmawijaya, Dharmala NS, Yeop Johari Yaakob, Agus Salim dan Ismala.

Tokoh-tokoh yang baru muncul banyak yang mula mencari nama, antara yang menampakkan bakat adik kepada Allahyarham Norhalim sendiri, iaitu Cikgu Norzali Ibrahim dan seorang lagi yang berasal dari Tanah Datar, Cengkau (minta maaf lupa nama). Harap golongan muda ini akan meneruskan perjuangan menggali dan memaklumkan kepada orang ramai, khususnya adat Negeri Sembilan ini hasil galian mereka untuk tatapan umum.

Kita tak perlu biarkan kegiatan adat ini semata-mata kepada orang politik, terutama yang menyangkut sumbangan kewangan. Kalau mereka menawarkan khidmat menambah khazanah adat kita baguslah tetapi oleh kerana mereka punya agenda lain, sebarang pendekatan mereka perlu dilihat sebagai ganjaran tambahan sahaja.

Saturday, March 13, 2010

This blog has moved


This blog is now located at http://tempasxwpu4ch9fi.blogspot.com/.
You will be automatically redirected in 30 seconds, or you may click here.

For feed subscribers, please update your feed subscriptions to
http://tempasxwpu4ch9fi.blogspot.com/feeds/posts/default.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

youtube column : nyanyian r.azmi dll.